Ahli magik, The Sacred Riana mungkin kelihatan menakutkan dan menyeramkan namun persona yang pelik inilah telah menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara Asia's Got Talent musim kedua.
The Sacred Riana atau nama sebenarnya Mari Antoinette Riana Graharani telah mengalahkan lapan finalis lain untuk memenangi AS$100,000 (RM408,300) malam tadi.
Keputusan berdasarkan undian penonton semata-mata.
Berambut hitam panjang paras pinggang yang disikat kedepan dan reaksi wajah eksentrik telah mencuri perhatian sejak dari peringkat ujibakat lagi.
Malah, semua persembahannya telah ditonton oleh lebih 70 juta pengunjung di Facebook dan Youtube.
Namun, apa yang mencuri tumpuan sebenarnya reaksi salah seorang juri tetap rancangan itu, Anggun yang menjadi subjek untuk pertunjukan magik menyeramkan pada peringkat akhir minggu lalu.
Riana melulu turun dari pentas dan mendapatkan Anggun sebelum menyapu serbuk hitam ke tangan penyanyi itu sambil membacakan ritual yang tidak difahami.
Dalam keadaan kaget dan terkejut selepas menyapukan serbuk hitam itu, timbul lukisan berbentuk bintang pada tangan Anggun.
Riana kemudiannya berlari semula ke pentas mendekati sebuah kotak dan menyeru kemunculan 'syaitan' dalam bacaan ritual lain.
Pentas itu dibanjiri oleh hampir 20 'makhluk' mengerikan yang keluar daripada kotak kecil itu sebelum Riana menghilangkan diri.
Namun, Riana muncul sekelip mata di belakang Anggun yang menjerit ketakutan.
Tidak percaya? Saksikan sendiri persembahan menakutkan Riana pada peringkat akhir Asia's Got Talent 2.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Youtube
Amri Hassan
Fri Dec 15 2017
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).