Viral
Anggunnya Kate Middleton Berselendang Dengan Baju Tradisional Pakistan…
Duchess of Cambridge, Kate Middleton anggun menggayakan pakaian tradisional Pakistan, Shalwar Kameez.
Kate kelihatan manis dengan selendang yang menutup bahagian kepala, melengkapkan penggayaan dupatta berwarna hijau turqoise itu.
Busana tersebut merupakan rekaan pereka Pakistan, Maheen Khan, yang telah mengumumkan mengenainya di laman sosial Twitter.
“Saya berbesar hati dapat menyiapkan rekaan ini untuk Duchess,” ciapnya.
Menurut Maheer Khan dia dan pasukannya menggunakan material jenis chiffon yang dilengkapi dengan sulaman Phulkari iaitu seni berbentuk geometri yang lazimnya digunakan oleh penduduk tempatan di Chitral.
“Saya gembira melihat Permaisuri Kate mengenakan dupatta, baginda kelihatan selesa,” katanya.
Difahamkan Kate menggayakan busana tersebut ketika dia dan suami, Putera William melawat Masjid Badshahi yang terletak di Bandar Lahore, Pakistan ketika mengadakan siri lawatan kerajaan United Kingdom ke negara itu baru-baru ini.
Menurut sejarah, Masjid Badshahi dahulu pernah diangkat sebagai masjid terbesar di dunia dan merupakan peninggalan Kesultanan Mughal.
Ketika lawatan ke Masjid Badshashi, Kate Middleton dan Putera William dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin agama lain, mempelajari sejarah Masjid Badshahi, dan mendengarkan bacaan ayat Al-Quran.
Kate Middleton dan Putera William berada di Pakistan selama lima hari.
Sumber/Foto: harpersbazaar.com
Must-Watch Video