Covid-19
Aniq Suhair Jadi Sukarelawan COVID-19, Bertugas Di Zon Merah – “Sebak Lihat Anak Kecil, Warga Emas
Pelakon baru dan bekas finalis Hero Remaja, Aniq Suhair memilih untuk menjadi sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan menangani COVID-19.
Aniq berkongsi pengalamannya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Menurut Aniq, pada mulanya timbul perasaan takut namun dia berasa gembira kerana dapat membantu para pesakit di Pusat Penilaian Covid-19 (PPC) Stadium Titiwangsa.
“Semua secara kebetulan. Aniq cuba memanfaatkan MCO kali ini dengan menjadi sukarelawan. Tak sangka terpilih dan kemudian diminta untuk bertugas di zon merah CAC (covid assessment centre) di Stadium Titiwangsa.
“Badan ditenggelami lapisan PPE, hati berasa gementar, takut dan tak sabra pada masa yang sama. Alhamdulillah semua pesakit COVID-19 yang datang semuanya dalam keadaan baik.
“Tetapi hati ni sebak bila melihat anak kecil dan warga emas turut hadir, Aniq cuma mampu memberi kata semangat dan menceriakan mereka semasa mengambil Vital Sign & SP02,” kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, Aniq juga berharap agar rakyat Malaysia dapat membantu para petugas barisan hadapan.
“Dengan keadaan kes yang makin meningkat, mari kita sama sama meringankan beban frontliners. Kita jaga kita.
“Aniq mengambil peluang ini sebagai cara Aniq membantu para frontliners. Dalam keadaan sekarang yang tenat, jumlah kes yang tinggi, tentu para frontliners pun sama terkesan dari segi mental dan fizikal.
“Ada yang cakap takut berhadapan dengan pesakit COVID tapi bagaimana pula dengan frontliners yang setiap hari menggalas tugas dan merisikokan diri merawat mereka? Mereka tak ada pilihan selain harus kekal bertugas,” coretnya.
Must-Watch Video