Laman Utama

“Anje Hargai Sangat Usaha Abang…”- Romantiknya Raf! Mawar Menangis, Dapat Hadiah Rumah Idaman

gempak
Mya Amri
10/11/2021
04:37 MYT
Sponsor Banner
“Anje Hargai Sangat Usaha Abang…”- Romantiknya Raf! Mawar Menangis, Dapat Hadiah Rumah Idaman
Pelakon Mawar Rashid melahirkan rasa terharu apabila suaminya, Raf Yaakob memberikan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.
Lebih manis lagi, kejutan yang diberikan itu sangat istimewa kerana ia merupakan rumah idaman Mawar.
Menurut Mawar, hatinya sangat tersentuh dengan usaha suami yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk membahagiakan dirinya selain selain sikap romantik Raf.
Happy 4th anniversary abang. Terima kasih buat kejutan dekat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat kejutan macam ni. Sangat-sangat bermakna.
“Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita, Anje lagi gembira dapat beli rumah yang ini sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua.
“Kita je faham betapa struggle nya kita, kerja siang malam, ups and down kita, struggle nak bahagikan masa lagi, struggle benda lain lagi tapi syukur Alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kita.
“Anje hargai sangat usaha abang. Terima kasih abang buat Anje gembira sangat-sangat. Kenangan yang Anje tak akan lupa.
“Abang ni romantik betul dari dulu sampai sekarang tak berubah. Anje macam biasa la. Akan tak terkata sebab terkejut campur gembira,” coretnya.
Tambah Mawar lagi, momen tersebut mengingatkannya sewaktu sewaktu dilamar Raf pada tahun 2017 dengan suasana romantik.
“Dulu tu masa melamar memang la sweet tapi Anje macam tak ada perasaan sangat, dia macam blur-blur sebab baru kenal abang beberapa bulan kan.
“Tapi kejutan yang ni perasaan Anje tak macam dulu, sekarang ni dia macam perasaan lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abang. Kita pun dah lalui macam-macam bersama.
I just want you to know that I Love you so much and I wanna grow old with you. Thank you sebab sentiasa nak jadi suami, ayah dan insan yang terbaik untuk kami semua.” tulisnya.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lapan bulan.
Raf juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rayyan, 10, dan Raysaa, 5 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.
Dapatkan kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live