Untuk Ramadan kali ini, pelakon terkenal Anna Jobling mengambil keputusan untuk berehat dari dunia lakonan buat sementara.

BERITA TRENDING: Anna Jobling Teruja Dapat Reka Baju Raya Kucing

Pemenang Gempak Most Wanted 2023 ini terpaksa menolak beberapa tawaran disebabkan mahu merehatkan diri memandangkan dia tidak berhenti bekerja sejak Julai tahun lalu.

“Untuk Ramadan kali ini, saya memilih untuk berehat sekejap daripada berlakon. Tapi untuk komitmen dari segi duta, pergi event, meeting semua itu masih lagi diteruskan.

“Memang saya sengaja untuk berehat dari berlakon. Sebab saya rasa, kadang-kadang sampai satu tahap kena take a break dan relax. Ada saja tawaran tapi terpaksa tolak.

“Sebab saya tak berhenti kerja dari Julai… jadi saya ambil keputusan untuk berehat sekejap saja. Insya-allah lepas Raya saya akan kembali shooting dan akan ke Jakarta,” kata Anna kepada Gempak.

Pelakon drama siri popular Syurga Itu Bukan Mudah ditemui ketika sidang media memperkenalkan koleksi baju raya kucing 2024 keluaran DD Cat di Coo & Riki Lalaport, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anna memberitahu dia juga mahu meluangkan lebih masa bersama keluarganya sepanjang bulan Ramadan ini.

“Ikutkan dah dua tahun berturut saya kerja masa puasa. Tahun ini saya mahu lebih bersama keluarga. Saya nak tolong masak sekali walaupun ibu saya yang masak,” ujarnya lagi.