Pelakon Anna Jobling mengakui dia berasa terkejut apabila selebriti Indonesia terkenal Baim Wong memuji lakonannya ketika melakukan uji bakat untuk filem hantu terbaharunya.

Tak Sangka Dipilih

Tidak menjangkakan akan terpilih untuk bawa watak Tantri, Anna memberitahu Baim tidak memberi banyak arahan kerana meletakkan keyakinan kepadanya untuk melakonkan babak yang diberikan.

“Saya memang sangat terkejut, sebab proses untuk buat filem ini sangat cepat dari segi uji bakat. Sebenarnya, Baim Wong nak buat uji bakat secara online. Tapi dia nak tengok saya depan-depan.

“Jadi, saya pergi jumpa dia dan terus buat uji bakat itu. Dia tak beri arahan banyak tapi dia macam ‘Ok Anna I trust you, I bagi you satu babak dan you cuba lakonkan’.

BERITA TRENDING: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai…

“Saya buat babak itu dan dia terus ambil saya berlakon. Proses itu jadi cepat dan saya sendiri tak sangka dapat watak itu,” kata Anna kepada Gempak.

Gementar Nak Jayakan Watak Tantri

Dalam pada itu, Anna turut mengakui dia gementar untuk menjayakan watak sebagai Tantri memandangkan Baim Wong juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap karakter itu.

“Saya memang gementar, sangat nervous… sebab Baim Wong memang sangat memilih untuk watak itu. Dia ada satu kriteria dan jangkaan untuk watak itu.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Kereta Pernah Terbakar, Erysha Emyra Akui Trauma Nak Memandu - "Memikirkan Nak Pergi Kerja, Jadi Terpaksalah Guna ..."

“Watak ini bukan senang nak lakukan. Saya pun rasa, kalau dia rasa watak itu sangat susah untuk lakonkan, apatah lagi untuk saya yang baru nak masuk dalam bidang lakonan di Indonesia.

“Dia meletakkan harapan yang tinggi dan saya pun letakkan harapan tinggi pada diri saya sendiri untuk bawa watak ini dengan baik.

“Saya nak buktikan kepada semua, bukti pada diri saya, walaupun watak susah, tak pernah buat filem hantu macam ini, saya boleh buat, walaupun susah tapi ia satu cabaran,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Berdosa Lakukan ‘Troll’ Menggunakan Ayat Suci Al-Quran Walaupun Untuk Tujuan Hiburan

Terdahulu, Baim Wong memuji bakat lakonan Anna sehingga memilih aktres itu untuk memegang watak utama dalam filem Lembayung.

Baim menjelaskan, Anna memenuhi semua kriteria yang diperlukan selain mempunyai pakej lengkap bagi watak sebagai Tantri.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.