Pelakon yang menjayakan watak antagonis untuk sesebuah naskah drama bersiri sering menjadi tumpuan penonton dan peminat drama bersiri.

Selain mempamerkan bakat lakonan sebagai ‘penjahat’, watak antagonis dalam sesebuah naskah bakal menjadi nadi serta menggerakkan plot sesebuah drama dan bakal menjengkelkan penonton.

Bersempena Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini, Astro Gempak mengimbas semua calon akhir bagi kategori Watak Paling Meminta:

Raja Ilya

Aktres ini sering memainkan watak antagonis dalam banyak drama bersiri dan telefilem. Memegang watak Safra dalam drama bersiri Tuan Anas Mikael, kelibat Ilya sering menjadi perhatian penonton.

Sharifah Sakinah

Dalam drama bersiri Isteri VS Tunang, Sharifah Sakinah membawakan karakter Amira Irdeena. Amira dibenci kerana cuba menghalang hubungan Alana dan Zaim, lakonan Scha Alyahya dan Hisyam Hamid.

Nadya Syahera

Menjadi penghalang cinta Ahnaf dan Hani lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana, watak Nadya Syahera sebagai Bella memberi impak mendalam sehingga wujudnya hashtag #KecamBella di laman sosial.

Abu Bakar Juah

Wataknya sebagai seorang individu yang kaya dan bongkak bernama Tan Sri Syamsudin dalam Isteri Tuan Ihsan dibenci penonton setia yang mengikuti drama bersiri tersebut.

Dian P. Ramlee

Cik Puan Marina sememangnya dibenci oleh penonton setia drama bersiri Lara Aishah. Ternyata Dian P. Ramlee seorang pelakon yang sangat berbakat kerana karakternya masih meninggalkan kesan di hati penonton.

Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini di Hotel Primiera, Kuala Lumpur.

Keseluruhan kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak sebelas buah kategori. Lapan kategori adalah berdasarkan 50% undian online dan 50% penilaian juri Astro.

Kategori tersebut ialah Kapel Throwbaek, Watak Paling Meminta, Otai Throwbaek, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, OST Throwbaek, Hero Throwbaek dan Heroin Throwbaek.

Manakala tiga buah kategori lagi adalah 100% pilihan juri. Kategori-kategori tersebut adalah Drama Throwbaek, Fan Club Throwbaek dan Pelakon Paling Gigih.

Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka secara online menerusi akaun Instagram H Live (@officialhlive) bermula 24 Mac sehingga 30 Mac 2017.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan pada Malam Throwbaek Drama kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Jangan lupa untuk mendapatkan pas masuk untuk ke Malam Throwbaek Drama dan anda berpeluang untuk makan malam bersama artis-artis terkenal.

Tiket biasa dijual dengan harga RM150 dan tiket VIP dijual dengan harga RM550. Tiket VIP adalah termasuk makan malam dan penginapan satu [1] malam di Hotel Premiera Kuala Lumpur untuk dua [2] orang.

Untuk pembelian tiket, sila layari laman web rasmi di www.premiera.com.my atau hubungi talian 03-26151000 bermula 18 Mac 2017. Tempat adalah terhad kepada pemanggil terawal.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Undi Top 5 : WATAK PALING MEMINTA . . Nama : @sharifah_sakinah #AmiraIrdeena . . Cara : Undian dikira di post ini dengan cara 'like' sekarang. Tarikh tutup undian adalah pada 29 Mac 2017 tepat jam 11.59 MALAM. . . #WATAKPALINGMEMINTAThrowBAEKdrama #malamthrowBAEKdrama #throwbackdramaterbaik . . P/s : Pemilihan pemenang adalah 50% berdasarkan 'like' dan 50% pilihan juri professional.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Undi Top 5 : WATAK PALING MEMINTA . . Nama : @dianpramlee #CikPuanMarina . . Cara : Undian dikira di post ini dengan cara 'like' sekarang. Tarikh tutup undian adalah pada 29 Mac 2017 tepat jam 11.59 MALAM. . . #WATAKPALINGMEMINTAThrowBAEKdrama #malamthrowBAEKdrama #throwbackdramaterbaik . . P/s : Pemilihan pemenang adalah 50% berdasarkan 'like' dan 50% pilihan juri professional.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Undi Top 5 : WATAK PALING MEMINTA . . Nama : @nadyasyahera #Bella . . Cara : Undian dikira di post ini dengan cara 'like' sekarang. Tarikh tutup undian adalah pada 29 Mac 2017 tepat jam 11.59 MALAM. . . #WATAKPALINGMEMINTAThrowBAEKdrama #malamthrowBAEKdrama #throwbackdramaterbaik . . P/s : Pemilihan pemenang adalah 50% berdasarkan 'like' dan 50% pilihan juri professional.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Undi Top 5 : WATAK PALING MEMINTA . . Nama : @rajailya #Safra . . Cara : Undian dikira di post ini dengan cara 'like' sekarang. Tarikh tutup undian adalah pada 29 Mac 2017 tepat jam 11.59 MALAM. . . #WATAKPALINGMEMINTAThrowBAEKdrama #malamthrowBAEKdrama #throwbackdramaterbaik . . P/s : Pemilihan pemenang adalah 50% berdasarkan 'like' dan 50% pilihan juri professional.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Undi Top 5 : WATAK PALING MEMINTA . . Nama : #AbuBakarJuah #TanSriSyamsudin . . Cara : Undian dikira di post ini dengan cara 'like' sekarang. Tarikh tutup undian adalah pada 29 Mac 2017 tepat jam 11.59 MALAM. . . #WATAKPALINGMEMINTAThrowBAEKdrama #malamthrowBAEKdrama #throwbackdramaterbaik . . P/s : Pemilihan pemenang adalah 50% berdasarkan 'like' dan 50% pilihan juri professional.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on