Pelakon Syatilla Melvin berkongsi sebuah video yang memaparkan perlakuan 'aneh' suaminya, aktor Shaheizy Sam yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.

Video yang dimuat naik di Instagram itu menunjukkan rakaman gelagat Sam melakukan aksi berjoget di bilik tidurnya kira-kira pada pukul 12.20 malam semalam.

Dalam video tersebut pelakon filem Polis EVO itu berbaju T dan berseluar pendek sambil melakukan pergerakan joget yang melucukan.

"Hahaha!!Padah lupa bilik ada CCTV. Padan muka @shaheizy_sam," tulis Syatilla di ruangan kapsyen.

Hhahahaahahahahahahahaha!!! Padah lupa bilik ada cctv???????????? padan muka @shaheizy_sam

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Entri video tersebut kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan rakan artis dan juga pengikutnya.

Rata-rata terkejut dan berasa lucu dengan perlakuan Sam yang disifatkan seperti orang yang sedang melepaskan tekanan.

"Weh, apa dia buat tu? Parti dalam bilik ke apa? Ohh, macam tu rupanya dia kurus eh? Hahaha.

"Lelaki apabila stres macam ni ke?" tulis sebahagian netizen.



Begitupun, Sam kemudian turut berkongsi semula video yang sama di Instagram miliknya.

"Saya saman awak @samtilla," tulisnya secara berseloroh gara-gara rakaman CCTV itu dikongsikan kepada umum.

Sehingga kini, video tersebut sudah mencatatkan lebih setengah juta tontonan di akaun Instagram @samtilla.

Dalam perkembangan lain, Sam bakal muncul dalam filem Polis Evo 3 yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Filem aksi arahan Syafiq Yusof itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Nora Danish, Syafiq Kyle dan Zizan Razak.