Laman Utama

Apa Lagi Salah Baby Shima...Sampai Kena Tuduh Jual Arak?

gempak
Fiza Kamarudin
14/03/2022
09:42 MYT
Sponsor Banner
Apa Lagi Salah Baby Shima...Sampai Kena Tuduh Jual Arak?
Penyanyi Baby Shima terkilan apabila produk jamu keluarannya didakwa arak oleh segelintir netizen.
Shima ketika dihubungi Gempak berkata, dia kesal apabila sering menjadi mangsa netizen sehinggga ada yang menuduhnya bernianga menggunakan wang haram.
“Saya tak faham, apalah salah saya dengan mereka. Saya tak pernah kacau orang atau sakitkan hati sesiapa.
“Tetapi ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Kali ini produk jamu Susuq Dara pula dikatakan minuman beralkohol.
“Lebih menyedihkan apabila ada yang kata saya berniaga menggunakan wang haram. Penat saya kumpul duit, tetapi mereka kata duit haram,” katanya sebak.
Tambah Shima lagi dia turut menerima ugutan supaya berhenti menjual jamu.
“Macam-macam ugutan saya terima termasuk menggelar saya perempuan murahan hanya kerana tak puas hati.
“Entahlah…Kalau hendak difikirkan saya terluka dan sedih tetapi saya macam dah biasa, dah lali. Tetapi saya juga manusia biasa ada hati dan perasaan,” ujarnya.
Beberapa hari lalu Shima memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story (IG Story) memaparkan komen netizen yang mengutuk jamu Susuq Dara.
Antara komen yang diterima Shima termasuk yang membandingkan botol jamunya dengan minuman keras.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live