Tidak pernah lagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memuat naik sesuatu yang bersifat komen daripada wargamaya pada entri di Instagram kepunyaan baginda, @airtangan_tunkuazizah kecuali jika ianya sesuatu yang mengganggu baginda.

Pada satu entri baginda, Tunku Azizah ternyata kecewa dengan komen seorang pengguna Instagram yang menggunakan akaun palsu dan meninggalkan komen yang cukup biadab serta tidak beradab.

"Susah kalau orang sakit jiwa!" tulis baginda pada entri tersebut.

susah kalau orang sakit jiwa!

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on


Ketika cerita ini ditulis, terdapat lebih 1,500 komen yang ditinggalkan pada entri tersebut. Ramai yang meminta Tuanku Permaisuri untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap akaun palsu tersebut.



Sebelum itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana keracunan makanan.

Baca: Keracunan Makanan, Agong Jalani Rawatan Susulan Di IJN, Zahir Rasa Bimbang Kes COVID-19 Naik Mendadak