Pelakon jelita, Zahirah Macwilson, 23, menafikan tuduhan bekas kekasihnya, Zul Ariffin yang mendakwa dirinya seronok 'berselfie' bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu Zul ketika di dalam masjid.
Menerusi sebuah temu bual, Zul, 31, mengesahkan cinta mereka telah menemui titik noktah dan mendakwa Zahirah 'berselfie' dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif.
"Saya terkejut membaca kenyataan Zul. Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus?
"Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu.
"Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya. Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil. Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada.
"Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja," kata Zahirah ketika dihubungi oleh Astro Gempak.
[BACA: Putus Cinta Sebulan Lalu, Zul Menyampah Lihat Zahirah Selfie Berdekatan Jenazah Arwah Ibu]
Tambah bintang drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini, dia tidak faham dengan tindakan Zul yang seakan mahu memburukkannya.
"Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah?
"Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa. Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini.
"Apa yang berlalu, biar berlalu kerana saya mahu terus maju memandang apa yang ada di hadapan serta memberikan fokus kepada karier selepas ini," katanya optimis mengakhiri perbualan.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zahirah & Zul
Kamaruddin Razal
Sat Apr 14 2018
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.