Personaliti The House musim keenam, Ezurin Kyra mempunyai rutin penjagaan diri dan kesihatannya tersendiri.

Dedah Ezurin, beliau sentiasa mengamalkan pengambilan air suam pada waktu pagi yang ditambah dengan beberapa bahan lain untuk kesihatan kulit dan keremajaan diri.

"Apabila bangun pagi, saya akan minum segelas air suam yang diperah dengan sebiji lemon dan sedikit madu.

"Madu baik untuk kulit, keremajaan kulit dan pencernaan," kata Ezurin kepada Gempak.

Selain itu, Ezurin sentiasa mengawal pemakanannya dan menjaga jumlah pengambilan karbohidrat dalam setiap hidangan.

"Saya tak makan banyak karbohidrat dan sangat berhati-hati dengan pengambilan makanan setiap hari," tambahnya.

The House Ezurin Khyra telah membuka tirai pada Rabu, 21 Oktober 2020, jam 9.00 malam di Astro Ria (124) dan Ria HD (104).

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Apa yang pasti, The House akan membawa Ezurin sekeluarga serta rakan rapatnya, Magie Abang Saufi keluar dari zon selesa mereka untuk melalui cara kehidupan yang lebih sederhana.

Mereka juga akan menempuhi pelbagai perkara yang tidak dijangka, nak tahu lebih lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!