Hiburan
Ara Johari Terpalit Tuduhan Simpan Beruang Matahari.... Ini Penjelasan Empunya Badan
Gara-gara masih muda dan berambut pendek, Ara Johari menjadi sasaran netizen yang membuat tuduhan dia merupakan penyanyi wanita yang ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam.
Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan selepas disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Melihat susuk tubuh dan gaya rambut wanita berkenaan, maka ramai netizen membuat tekaan ia adalah Ara.
Tengok gelang dia sama Penyanyi Rock Bela Beruang Matahari
Aku Teka : Ara Johari ??? Korang rasa? pic.twitter.com/XJb75IvoLT— Kay Azlee (@KayAzlee) June 7, 2019
Namun Ara menerusi 'Instagram Stories' tampil menjelaskan perkara berkenaan.
Menurut Ara, perkara itu tidak benar sama sekali dan berharap semua tidak salah faham tentang berita berkenaan.
"Since ramai yang buat andaian itu adalah Ara, ia sama sekali tidak benar," katanya.
Turut terpalit dalam insiden ini ialah penyanyi Azharina Azhar.
Menurutnya, ramai beranggapan wanita terbabit adalah dia gara-gara tidak memuat naik status dan gambar sepanjang sambutan Hari Raya ini.
"Saya tak duduk condo sayang, saya duk rumah Town House, private Gated Community. Maaf ya, salah sangka tu kata saya yang penyanyi rock umur 20an," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi mengesahkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.
“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” katanya.
Beliau berkata, wanita itu disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di laman sosial hari ini.
Must-Watch Video