Laman Utama
“Arahan Pertama Saya” - Hairul Azreen Jadi Pengarah Filem Seram
Aktor Hairul Azreen melakar kejayaan manis apabila kini bergelar seorang pengarah dan sedang dalam sebuah projek mengarah filem seram berjudul Ada Hantu.
Menerusi laman sosial Instagram, Hairul berkongsi berita baik itu untuk tatapan umum.
“Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada @adrianteh19 & @act2pictures selaku produser atas peluang dan kepercayaan serta tunjuk ajar yang diberikan untuk mengarahkan cerita seram #AdaHantu ni. Wish me luck,” tulis Hairul sebagai kapsyen.
Filem pertama arahan Hairul ini turut menampilkan dirinya sebagai aktor utama di samping pelakon berbakat besar tanah air Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua dan ramai lagi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti yang memberikan sokongan pada Hairul untuk bergelar pengarah.
Malah, ramai wargamaya juga yang tidak sabar untuk menonton karya terbaru aktor yang sinonim dengan aksi lagak ngeri itu.
“Tahniah dan all the best Hairul Azreen untuk buah tangan sulung sebagai sutradara dik. So proud of you,” tulis pelakon Ellie Suriaty.
“All the best bro,” ucap penyanyi Alif Satar.
“Pape roger rull,” kata pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.
“Goodluck abang Hairul,” komen pelakon Mimi Lana.
Filem yang baru menjalani hari kedua penggambaran itu dijadualkan akan ditayang pada tahun 2021.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 35,000 tanda suka daripada wargamaya.
Must-Watch Video