Skip to main content

Artis Antarabangsa

Selebriti Wanita Nafi Guna Ozempic, Buat Pembedahan Plastik - "Saya Memang Dilahirkan Dengan..."

Selebriti Wanita Nafi Guna Ozempic, Buat Pembedahan Plastik - "Saya Memang Dilahirkan Dengan..."

Sekilas

  • Florence Pugh menafikan dakwaan menjalani pembedahan kosmetik dan penggunaan suntikan penurunan berat badan seperti Ozempic, sambil menegaskan bentuk hidungnya semula jadi sejak lahir.
  • Pelakon itu berkongsi bahawa dia mengubah gaya hidup selepas usia 30 tahun dengan menjaga kesihatan fizikal dan mental melalui rehat cukup, senaman, dan pemakanan sihat.
  • Florence juga mengakui sering menerima kritikan dan body shaming sejak mula berlakon, namun dia tetap berani bersuara menentang komen keterlaluan tersebut.
Advertisement

Pelakon Hollywood, Florence Pugh mengakui kurang senang apabila ada segelintir netizen bercakap mengenai perubahan fizikalnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, aktres yang dikenali dengan watak Yelena Belova menafikan dakwaan kononnya dia menjalani beberapa prosedur pembedahan kosmetik selain menggunakan suntikan penurunan berat badan seperti Ozempic.

Advertisement

"Alangkah tertekannya apabila bangun tidur dan mendapati ribuan orang bercakap tentang diri serta tubuh badan anda dengan cara yang sukar untuk difahami.

"Saya bangun pada suatu pagi dan mendapati ramai yang membincangkan wajah serta tubuh badan saya dengan cara yang sangat mengganggu.

"Saya mendapat tahu menerusi internet bahawa kononnya saya menggunakan Ozempic, menjalani pembedahan kelopak mata atas dan bawah, suntikan filler, sedut lemak di wajah, membuang lemak pipi, pembedahan dagu serta hidung.

Advertisement

"Saya tidak pernah menggunakan Ozempic dan saya TIDAK PERNAH menjalani sebarang pembedahan wajah. Jangan sesekali mengatakan saya tidak memiliki bentuk hidung sendiri.

Saya memang dilahirkan dengan bentuk hidung yang cantik seperti cerun ski itu. Malah, sejak bayi lagi!" tulisnya di Instagram.

Dalam masa sama, Florence mengakui dia melakukan beberapa perubahan gaya hidup selepas memasuki usia 30 tahun, termasuk mengubah hubungannya dengan alkohol serta berusaha meningkatkan kecergasan fizikal.

Katanya, perubahan tersebut dilakukan demi menjaga kesihatan fizikal dan mental, selain membolehkannya menjalani kehidupan dengan lebih seimbang.

"Untuk pertama kali sepanjang kerjaya saya, saya berpeluang mendapatkan rehat secukupnya, tidur dengan baik, bangun pagi untuk bersenam serta menikmati makanan secara teratur dan sihat.

"Saya sedang menjaga diri sendiri, itu sahaja," katanya.

Mengulas lanjut, Florence yang sebelum ini lantang memperjuangkan isu penerimaan tubuh badan dan tekanan terhadap wanita dalam industri hiburan turut mengakui sudah lama berdepan kritikan mengenai penampilannya.

Menurutnya, dia sering berhadapan dengan body shaming sejak mula menceburi dunia lakonan, namun tidak pernah berdiam diri apabila berdepan komen yang dianggap keterlaluan.

"Saya sentiasa sedar bahawa melihat seorang wanita yang yakin dan bahagia dengan dirinya sendiri boleh mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan sesetengah orang.

"Namun, saya meminta kita semua supaya lebih peka. Kami juga manusia sebenar yang menjalani kehidupan sebenar," ujarnya.

Berikut merupakan kenyataan penuh Florence:

 

Terdahulu, pada 2022, Florence pernah membidas pengguna media sosial yang mengkritik bentuk badannya selepas dia berkongsi foto mengenakan gaun jarang rekaan pengarah kreatif Valentino, Pierpaolo Piccioli.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement