Laman Utama

Artis Popular Sumbang Barangan Peribadi, Sokong Infak Corner Sempena Carboot Sale DXN Cyberville!

gempak
Amri Hassan
22/02/2023
09:40 MYT
Sponsor Banner
Artis Popular Sumbang Barangan Peribadi, Sokong Infak Corner Sempena Carboot Sale DXN Cyberville!
Berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan yang memerlukan menjadi matlamat utama ruangan infak diperkenalkan pada pengajuran jualan Carboot Sale DXN Cyberville, Cyberjaya yang bakal berlangsung pada 26 Februari ini.
Lebih bermakna apabila usaha itu mendapat sokongan tiga artis popular iaitu Ayda Jebat, Izreen Azminda dan DJ Lin.
Kesemua mereka menyumbangkan barangan peribadi untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan dan boleh didapati sempena jualan yang akan berlangsung Ahad ini.

Ayda Jebat infaq mainan anak

Pelakon dan penyanyi Ayda berkata, dia melihat usaha yang diperkenalkan sebagai langkah baik bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Sebaik ditanya saya terus bersetuju kerana ia bertujuan baik dan banyak mainan anak saya yang masih dalam keadaan baik untuk dikongsikan.
"Saya juga percaya tidak salah kita kongsikan kegembiraan dan menyumbangkan barangan asal ia masih dalam keadaan baik," katanya penyanyi lagu Pencuri Hati itu.

DJ Lin beri koleksi baju

Bagi penyampai radio Suria FM DJ Lin, lebih baik berkongsi koleksi baju yang masih dalam keadaan sempurna buat sesiapa saja yang berminat.
Dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk sama-sama menyumbang pakaian yang masih baik, malah ada yang belum dipakai untuk ruangan infak berkenaan.
"Saya puji usaha yang diperkenalkan kerana ia menjadi saluran untuk selebriti seperti kami berkongsi apa yang mampu dengan peminat serta mereka yang memerlukan," katanya yang sedang sibuk dengan siri Jelajah Suria.

Izreen Azminda sumbang barangan bayi

Dalam pada itu, pelakon Izreen Azminda turut menyumbang barangan bayi untuk Infak Corner. Menurut Izreen yang merupakan ibu kepada tiga orang anak, inisiatif seperti ini cukup baik kerana dapat membantu golongan kurang bernasib baik.
“Bagi saya inisiatif mengadakan Infak Corner di acara Car Boot Sale ini satu langkah yang baik. Selain pengunjung boleh membeli-belah, mereka yang kurang bernasib juga tidak pulang dengan tangan kosong.
“Kita yang menyumbang juga mendapat pahala. Jadi, saya menyeru orang ramai yang memiliki barangan tidak kira baharu atau terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk turut menyumbang,” kata Izreen.
Disoal tentang sumbangannya, Izreen memberitahu kebanyakan barangan yang diberi kepada Infak Corner adalah barangan anak-anaknya.
“Saya baru saja berpindah rumah dan ketika berkemas baru saya sedar begitu banyak barangan anak yang tidak pernah digunakan. Mereka juga sudah agak besar jadi lebih baik saya sumbangkan kepada orang lain,” ujar Izreen.
Mereka yang berminat juga boleh menyertai ruangan Infak Corner ini boleh hadir pada 26 Februari nanti sama ada sebagai penyumbang atau mahu mengambil barangan yang diperlukan.
Barangan yang diperlukan berupa pakaian dan makanan terpakai yang masih dalam keadaan baik atau baru serta makanan kering.

Syed Saddiq pun akan muncul!

Selain Infak Corner, pelbagai aktiviti menarik disediakan pada acara Carboot Sale yang berlangsung dari pukul 1 tengah hari sehingga 8 malam, antaranya jualan makanan, minuman, barangan terpakai, aktiviti kanak-kanak persembahan artis popular dan BollyX.
Selebriti lain yang turut serta adalah Wanna Ali, Adzrin Adzhar, 4Forty dan Syed Ali.
Lebih menarik ahli parlimen Muar, YB. Syed Saddiq turut hadir pada sebelah petang sebagai tanda sokongan kepada acara ini.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi maklumat lanjut di akaun Instagram @dxnbulletinofficial atau emel [email protected].
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live