Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Artis Remaja Fikry Kiki Nafi Dibela Sugar Mummy Seksi, Modal Bisnes RM600,000 Usaha Keras Sendiri - "Saya Masih Ingat Dosa Pahala"

Amri Hassan
18/07/2024 07:50 MYT
Pelakon, penyanyi dan pengacara remaja, Fikry Kiki menafikan tuduhan segelintir pihak mendakwa dirinya dibela oleh 'sugar mummy'.

Lebih mengecewakan kata Fikry, 20, bisnes kopi tanpa bancuh berbentuk cecair Liquffe yang diusahakannya kini turut mendapat tajaan wanita terbabit.

“Tidak dinafikan, mungkin tawaran lakonan yang saya dapat tidaklah sehebat pelakon-pelakon muda lain, walaupun sudah berlakon sejak umur lima tahun.

“Namun, itu bukan alasan untuk saya ‘menjual’ diri saya jadi ‘anak ikan’ atau dibela sesiapa dengan tujuan untuk hidup kaya. Tidak sama sekali.

“Saya masih ingat dosa pahala. Arwah ayah dan ibu saya didik saya dari kecil untuk berusaha sendiri dalam mencapai apa yang diinginkan.

“Jauh sekali rela ‘jual’ tubuh untuk kepuasan ‘sugar mummy’ atau sesiapa. Memang minta dijauhi," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Rizky Billar Pernah Dibela Pond*n & Sugar Mummy, Fakta Atau Fitnah?

BERITA TRENDING: “Individu Itu Bukanlah Kawan Tapi…” - Afieq Shazwan Sanggup Berkenalan Dengan Anak Ikan Demi Watak




Fikry yang turut mesra disapa Kiki ditemui pada sidang media pelancaran kopi cecair Liquffe di Semenyih, Selangor baru-baru ini menegaskan perniagaan itu bermodalkan usaha kerasnya sepanjang bergelar artis.

“Dia bukan ‘sugar mummy’ saya. Sebahagian besar modal bisnes RM600 ribu adalah usaha saya sendiri.

“Bulan adalah rakan kongsi saya yang saya sudah anggap seperti kakak. Sebagai seorang influencer yang berpengalaman dalam bisnes, rasanya tak salah untuk saya belajar daripadanya.

“Pada asalnya dia ada berkongsi kepada saya tentang produk kopi tanpa bancuh iaitu Liquffe yang sedang kami usahakan sekarang.

“Pada asalnya, dia meminta pendapat saya, mahu mengeluarkan produk yang pertama di Malaysia itu. Apabila saya cuba produk itu selama beberapa bulan, memang sedap dan yakin boleh pergi jauh.

“Jadi, dari situlah bermulanya kami jadi rakan bisnes dan duit RM600 ribu itu adalah modal kami bersama. Lagi pun, saya tak tahu sampai bila bertahan dalam industri seni.

“Tidak timbul soal dia menaja saya atau saya jadi ‘anak ikan’ dia. Kami memang sudah lama berkawan. Saya harap netizen yang menyindir saya di Instagram itu, henti-hentikanlah.

“Ada yang mempertikaikan di mana saya dapat duit atau modal tersebut, itu adalah hasil simpanan saya sendiri,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Bersedia Dikritik, Fasha Sandha Seronok Bawa Watak Sugar Mummy; “Ada Babak Daring, Tapi Saya Pentingkan Pengajaran”

BERITA TRENDING: “Tawaran Sampai Berjuta Ringgit” - Iqbal Akui Sering Terima Offer Jadi Anak Ikan Sugar Mummy & Sugar Daddy

Berkongsi tentang kopi tanpa bancuh yang pertama di Malaysia, Liquffe, pengguna tidak perlu perlu risau kerana kopi cecair ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan serta mengandungi nektar atau gula kelapa yang bagus untuk kesihatan.

Pembeli Liquffe berpeluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti Motosikal Honda RS-X, pelbagai peralatan eletrik rumah dan gajet.
#pelakon #Penyanyi #Viral #Ceria PopStar #Pengacara #bulan #Remaja #Fikry Kiki #Mummy #:Sugar #Liquffe