,
Viral

Artis-Artis Wanita Ini Pernah Potong Rambut Pendek, Siapa Paling Hot?

Amri Hassan
25/04/2019
09:42 MYT
Tidak dinafikan rambut adalah mahkota wanita. Ramai yang menggayakan rambut dengan cara tersendiri dan pelbagai.
Sama seperti golongan selebriti, rambut juga menjadi aset bernilai hingga ada yang melaburkan sejumlah wang demi khidmat rawatan dan penjagaan terbaik setiap bulan.
Kena potongan pandai bergaya, pasti itu akan menjadi nilai tambah dalam kerjaya seseorang selebriti.
Lupakan seketika gaya rambut tipikal panjang mengurai selebriti antarabangsa dan tempatan, ini gaya potongan rambut pendek ala androgini paling anggun pilihan Gempak.
1. Charlize Theron
Aktres tinggi lampai ini sering menjadi inspirasi golongan wanita untuk berfesyen, begitu juga gaya rambutnya.
Theron pernah memotong rambutnya menjadi pendek pertama kali ketika menghadiri Academy Awards pada tahun 2013.
Enzo Angileri merupakan jurugaya rambutnya sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.
2. Katy Perry
Biarpun sinonim dengan gaya rambut panjang hitam berkilat ketika awal kariernya, Perry sering bereksperimentasi dengan gaya rambutnya.
Daripada hitam kepada merah jambu, biru dan platinum blonde, pelantun lagu Teenage Dreams itu pernah memotong pendek rambutnya.
Sekitar 2017, Perry tampil dengan potongan rambut pixie dalam beberapa acara hiburan.
3. Kristen Steward
Tahun 2017 mungkin menjadi pencetus gaya artis wanita berambut pendek apabila bintang filem Twilight, Kristen Stewart juga tampil dengan potongan pixie.
Stewart membuat kemunculan kali pertama dengan potongan rambut baharunya ketika Festival Filem Cannes tahun sama.
Setahun kemudian, aktres itu masih kekal dengan potongan pixie pendek ketika hadir ke Festival Filem Antarabangsa Toronto.
4. Ruby Rose
Model dan pelakon Ruby Rose amat sinonim dengan gaya rambut pixie. Malah, potongan itu menyerlahkan bentuk wajahnya.
Tampil glamor, kasual dan formal dalam pelbagai gaya, Rose antara selebriti antarabangsa yang serasi dengan potongan rambut pendek.
5. Lupita Nyong'o
Tahu atau tidak, gaya rambut pendek Lupita Nyong'o tidak mendapat restu daripada ibunya suatu ketika dahulu.
"Saya mencabar diri sendiri, boleh tak saya hidup tanpa rambut panjang? Apabila pulang ke rumah, ibu saya sangat terkejut," katanya memetik temubual bersama Allure.
Bagaimanapun, gaya rambut pendek itu sebenarnya tuah buat Nyong'o apabila sering dinobatkan pemenang fesyen terbaik karpet merah beberapa acara hiburan.
6. Fathia Latiff
Agak janggal bagi selebriti wanita tempatan berambut pendek. Namun, gaya pelakon serba boleh Fathia Latiff baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.
Fathia muncul pada acara pertunjukan fesyen Minimalace semalam dengan imej baharu tanpa tudung.
BACA: "Saya Boleh Jadi Diri Sendiri & Tak Menipu Diri Sendiri" - Buka Hijab, Fathia Latiff Kembali Freehair
Biasanya had potongan rambut wanita cuma pixie dengan sedikit 'bang' pada bahagian depan atau atas, namun, Fathia tampil penuh berani dengan memotong pendek keseluruhan rambutnya.
Potongan itu diserikan dengan garisan belahan rambut pada bahagian tepi. Sleek!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

Pertama Kali Pegang Watak Heroin, Arabella Teruja, Sanggup Potong Rambut Pendek - “Bila Bagitahu Mak Saya Risau..”

gempak
13/08/2024
09:55 MYT
Naib Juara Hero Dewi Remaja 2023, Arabella Ellen akui teruja dapat bergandingan dengan aktor Mierul Aiman dalam naskhah terbaharu berjudul Dari Mata Turun Ke Hati.
Hiburan

Dilabel ‘Penyangak' Gara-Gara Berimej Rambut Panjang, Fadlan Hazim: “Saya Tak Terasa Sebab…”

gempak
08/08/2024
01:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim berkongsi isterinya iaitu Aiya Mukhamedsalova teruja dengan imej terbaharunya kini yang berambut pendek.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Hiburan

Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
Selepas sekian lama mendiamkan diri, akaun Instagram milik penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali 'hidup'.
Unitar