Laman Utama

Ashraf Muslim Puji Kedua-Dua Isteri, Netizen Pula Minta Tips Berpoligami - "Indah, Bahagia, Harmoni..."

gempak
Syafiqah Jalal
13/12/2022
04:30 MYT
Sponsor Banner
Ashraf Muslim Puji Kedua-Dua Isteri, Netizen Pula Minta Tips Berpoligami - "Indah, Bahagia, Harmoni..."
Pelakon Ashraf Muslim memberikan kata-kata penghargaan buat kedua-dua isterinya yang sentiasa membantunya dalam kehidupan.
Penghargaan itu dizahirkan dalam kemas kini di akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto mereka bertiga.
"Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yang kusayangi yang sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.
"Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan darinya.
"Semoga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu," katanya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikut Instagram Ashraf yang memberi pelbagai reaksi.
Rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka tidak kurang juga yang meminta tip menjadi suami beristeri dua.
"Terus bahagia hingga ke jannah," kata salah seorang warga maya
"Indah bahagia harmoni, tunjuk ajar ku sifu," pinta salah seorang pengikutnya.
"Suka tengok family Ashraf moga jadi contoh yang lain," puji salah seorang netizen.
Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana isu belum dikurniakan zuriat selama dua tahun perkahwinan.
Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.
Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live