Skip to main content

Gaya Hidup

Bukan Sekadar Dokumentari! Man Who Walked The Talk Angkat Perjuangan & Legasi Tun Abdul Razak

Bukan Sekadar Dokumentari! Man Who Walked The Talk Angkat Perjuangan & Legasi Tun Abdul Razak

Sekilas

  • Dokumentari Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story mengisahkan perjuangan dan legasi Tun Abdul Razak Hussein sempena 50 tahun pemergiannya.
  • Temu bual eksklusif bersama tokoh penting seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anak-anak Allahyarham memberi pandangan mendalam tentang kepimpinan Tun Razak.
  • Dokumentari ini akan disiarkan pada 9 November 2026 di Astro Ria, Astro Prima, Astro 30, Astro On Demand dan sooka, disertai dengan kandungan khas menarik di media sosial Gempak.
Advertisement

Bukan sekadar mengimbas kembali sejarah, dokumentari Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story membawa penonton menyelami perjuangan dan legasi kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Dokumentari istimewa terbitan Astro itu disediakan bersempena memperingati 50 tahun pemergian Allahyarham, sekali gus memberi peluang kepada generasi masa kini untuk mengenali dengan lebih dekat perjalanan hidup serta sumbangan tokoh yang cukup besar jasanya kepada Malaysia.

Advertisement

Menariknya, dokumentari ini turut menampilkan temu bual bersama beberapa tokoh penting termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, selain anak-anak Allahyarham iaitu Datuk Seri Nizam Razak dan Datuk Ahmad Johari Razak.

Menerusi perkongsian kisah serta pandangan mereka, penonton berpeluang memahami dengan lebih mendalam perwatakan, wawasan, kebijaksanaan dan percaturan Allahyarham dalam memimpin negara.

Dalam masa sama, Gempak turut mengajak orang ramai meneroka beberapa fakta menarik berkaitan sejarah dan legasi Allahyarham menerusi kandungan khas di media sosial.

Advertisement

Menerusi beberapa video Reel yang dikongsikan, peminat boleh menyemak pelbagai fun fact yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini.

 

Antara kandungan menarik yang boleh diterokai termasuklah perkongsian mengenai Penyata Deramat dalam filem KUDRAT 1968 yang mempunyai kaitan dengan sejarah pendidikan Malaysia.

 

 Jadi, selain menonton dokumentari Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story, jangan lepaskan peluang untuk menyemak video-video khas Gempak dan menambah pengetahuan mengenai sejarah serta tokoh penting negara.

 

Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story akan bersiaran pada 9 November 2026 menerusi Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105), Astro 30, Astro On Demand dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement