,
Drama

Projek; Exit: Pernah Hidap Depresi, Shasha Abedul Akui Sukar Untuk Bawa Watak Jannah - “38 Hari Saya Rasa Terseksa…”

Umirah Halim
02/11/2024
12:25 MYT

Pelakon, Shasha Abedul, berkongsi perjalanannya dalam proses menghayati karakter sebagai Jannah menerusi drama Projek; Exit.

Watak Jannah

Menerusi satu temubual di podcast Syok baru-baru ini, Shasha akui watak tersebut sangat dekat dengan kehidupannya kerana ia mencerminkan pengalaman peribadinya sebagai seseorang yang pernah menghadapi masalah mental.

“Masa dapat skrip, saya nak baik dah (kesihatan mental), dan bila mula shooting saya rasa selama 38 hari itu saya rasa terseksa sebab saya kena rasa balik perasaan itu.

“Tidak mudah untuk bawa Sasha kembali. saya takut sebenarnya sewaktu baca skrip, situasi sangat familiar dengan saya,” katanya.

Meskipun perlu melalui kesukaran itu, Shasha bagaimanapun tetap nekad untuk mencuba sehabis baik bagi menyampaikan mesej kepada penonton.

“Saya buat sebab saya nak sampaikan mesej, sebab saya rasa Allah dah sediakan saya untuk buat karakter itu.

“Saya gembira dan bangga dapat buat karakter itu,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shasha Abedul Hidap Depresi & Anxiety - “Saya Pergi Terapi & Jumpa Pakar Psikologi, Alhamdulillah Semakin Baik”

ARTIKEL BERKAITAN:Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

ARTIKEL BERKAITAN: Selami Dunia 'Project; Exit'! Tonton 4 Episod Pertama Di On Demand Mulai 1 November!

ARTIKEL BERKAITAN:7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

Terdahulu, Shasha akui pernah mengalami masalah gangguan mental seperti depresi, keresahan berpanjangan sehingga diserang panik.

Sementara itu, untuk pengetahuan anda Astro Shaw telah mempersembahkan drama Projek; Exit arahan Zulaikha Zakaria yang mengetengahkan isu remaja dalam mengharungi masalah kesihatan mental.

Projek; Exit telah ditayangkan secara eksklusif di Astro mulai 1 November 2024.

Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Nabila Huda, Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.

Sinopsis Projek; Exit

Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Drama

Shasha Abedul Syukur Projek; Exit Beri Inspirasi Buat Individu Yang Bergelut Dengan Penyakit Mental - “Mereka Nampak Harapan Selepas Tonton…”

gempak
17/11/2024
06:55 MYT
Pelakon, Shasha Abedul meluahkan rasa syukur selepas drama siri original Projek;Exit menerima sambutan hangat dalam kalangan penonton.
Drama

Project;Exit Sudah Hampir Ke Penghujung, Kesudahan Hadi Dan Jannah Buat Penonton Resah!

gempak
15/11/2024
08:25 MYT
Plot penuh emosi membuatkan ramai penonton tidak sabar untuk menantikan pengakhiran Project; Exit.
Hiburan

Penangan Watak Haikal Dalam Andai Tiada Dia, Hisyam Hamid Puas Hati Kena Kecam - “Ada Yang Nak Cabut Misai…”

gempak
14/11/2024
08:25 MYT
Pelakon Hisyam Hamid menerima dengan terbuka segala cacian yang diberikan oleh penonton terhadap karakter yang dibawa dalam Andai Tiada Dia.
Hiburan

Malia Baby Syukur Kempen #JomPakaiTudung Terima Sambutan Baik - “Saya Rasa Sedih Bila…”

gempak
09/11/2024
00:55 MYT
Pelakon dan pempengaruh, Malia Baby tidak mampu menahan sebak apabila kempen ‘Jom Pakai Tudung’ yang dijalankan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengikutnya.
Unitar