Malam gala Anugerah ContentAsia 2023, bertempat di The Athenee Hotel Bangkok, Thailand yang berlangsung pada Khamis menyaksikan karya terbitan Astro Originals raih dua pengiktirafan.

Dua pengiktirafan itu menerusi drama bersiri Liar yang memenangi silver dalam kategori Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia dan pelakon Naim Daniel yang memegang watak sebagai ‘Ayam’ dalam Projek: High Council turut raih silver untuk kategori Best Supporting Actor.

Selain itu, Lebai Sampan memenangi bronze untuk kategori Best Asian Feature Film / Telemovie, manakala program yang dikenali pengacara terkenal Neelofa iaitu Next To Neelofa musim kedua juga raih bronze bagi kategori Best Asian Talk Show.

Bagi kategori Best Kids TV Programme in Asia, program Legenda Puteri Qaseh juga memenangi bronze.

Anugerah tersebut mengetengahkan kandungan (content) dan pencapaian bakat dari pelbagai platform di seluruh rantau Asia.

Sebanyak 123 pencalonan bagi 24 kategori yang dipertandingkan meliputi negara-negara seperti Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Sebanyak 500 penyertaan dari seluruh rantau telah diterima tahun ini dan lebih 80 ahli juri dari seluruh Asia, UK dan A.S membuat pilihan utama mereka.

Acara ini juga disiarkan secara langsung di laman Facebook ContentAsia.