Skip to main content

Hiburan

Isu Membabitkan Bapa, Wan Arena Rasa Serba Salah - “Sedih Apabila Melihat Apa Yang Dilakukan…”

Wan Arena

Sekilas

  • Pelakon Wan Arena akui berada dalam keadaan serba salah susulan kontroversi melibatkan bapanya, Iman Wan, yang mencetuskan perdebatan netizen.
  • Arena menegaskan dia sayangkan keluarga dan menyokong mereka, tetapi tidak bersetuju dengan segala tindakan bapanya yang menyebabkan keluarga terpalit.
  • Dia juga menafikan terlibat dalam kontroversi tersebut dan menjelaskan dia tidak berada di tempat kejadian ketika insiden berlaku.
Advertisement

Susulan kontroversi membabitkan bapanya, Iman Wan, yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen baru-baru ini, pelakon Wan Arena mengakui dia berada dalam keadaan serba salah. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Arena berkata dia menyayangi dan sentiasa menyokong keluarganya namun tidak bermakna dirinya bersetuju dengan segala tindakan yang mereka lakukan. 

 

“Sejujurnya, saya sebenarnya berada dalam keadaan serba salah. Saya sayangkan keluarga dan akan sentiasa menyokong mereka. Namun, itu tidak bermakna saya bersetuju dengan segala perkara yang mereka katakan atau lakukan.

Advertisement

 

“Sedih apabila melihat apa yang telah dilakukan oleh bapa sehingga akhirnya seluruh keluarga turut terpalit. 

 

“Lebih menyedihkan, semua ini berlaku di luar kawalan saya kerana ia merupakan keputusan yang dibuat oleh bapa saya sendiri,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Arena turut membalas komen netizen yang mendakwa dia sanggup memalukan orang lain demi membuat konten. 

 

Arena bagaimanapun menegaskan dia tidak terlibat dengan kontroversi tersebut memandangkan dirinya tiada di tempat kejadian. 

 

“Bukan content saya, saya tak terlibat dan tak ada di tempat kejadian,” balasnya. 

 

Untuk info, kontroversi tersebut tercetus selepas bapa Arena berkongsi pengalaman ketika membawa anak istimewanya, Adam, makan di sebuah restoran yang telah ditempah untuk acara persendirian pada pukul 7 malam.

 

Perkongsian itu mengundang perhatian ramai selepas berlaku pertikaian dengan seorang wanita berbaju merah yang turut menjadi sasaran kecaman netizen.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement