,
Hiburan

Astro Ungguli 17 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2024, Bukti Kecemerlangan Industri Hiburan Malaysia

Asyraf Roslan
01/10/2024
04:28 MYT
Syarikat Hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro berjaya merangkul 17 anugerah pada Asian Academy Creative Awards 2024 (AAA 2024).
Kategori yang telah dimenangi oleh Astro antaranya adalah Best Actor in A Leading Role, Best Actor in A Supporting Role, Best Adaptation of An Existing Format , Best General Entertainment Programme dan Best Theme Song or Title Theme oleh Hael Husaini menerusi lagu Diam.
Gempak juga berjaya memperoleh dua anugerah menerusi kategori Best Branded Programme (Ke Kodiang With Love) dan Best Entertainment Host dimenangi oleh Amelia Handerson menerusi program Gempak Most Wanted.
Berikut merupakan senarai penuh anugerah yang telah dimenangi Astro di Asian Academy Creative Awards 2024: •Best Actor in A Leading Role – Naim Daniel, I.D • Best Actor in A Supporting Role – Mikael Noah, Hermaphrodite: Che Kun Che Nisa • Best Actress in A Supporting Role - Joey Leong, The Queen’s Ploy • Best Adaptation of An Existing Format (Non Scripted) - Real Men Malaysia: Red Warrior • Best Animation - Upin & Ipin (Palm Oil), Les’ Copaque Production • Best Branded Programme – Ke Kodiang With Love, Astro Gempak • Best Direction (Fiction) – Shahrulezad Mohameddin, Hermaphrodite : Che Khun Che Nisa • Best Documentary Series – Folk Cure Season 2 • Best Drama Series – Hermaphrodite: Che Kun Che Nisa • Best Entertainment Host – Amelia Henderson, Gempak Most Wanted • Best General Entertainment Programme – All Stars Gegar Vaganza • Best Infotainment Programme – Viral Pioneer Trail • Best News / Current Affairs Programme – Prime Talk • Best Non-Scripted Entertainment – From KL to Premier League • Best Promo or Trailer – 6 States Decide (Your Election Channel Promo), Astro Awani Network • Best Single News Story/Report – A Sneak Peek Into The ECRL Genting Tunnel Excavation Site, Prime Talk • Best Theme Song or Title Theme – Diam by Hael Husaini for My Famous Ex Boyfriend, Rocketfuel Entertainment
Anda boleh menyaksikan drama dan program ini menerusi medium penstriman Astro Go dan Sooka.
Sebagai pemain utama dalam industri ini, Astro terus berada di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman kandungan premium kepada pelanggannya.
Anugerah ini juga adalah bukti komitmen Astro yang teguh untuk menaikkan standard penyiaran tempatan dan mencipta kandungan luar biasa yang menarik minat penonton dan menginspirasi industri.
Astro akan mewakili Malaysia dalam kategori-kategori ini bagi bersaing dengan 16 negara lain di rantau Asia-Pasifik.
Asian Academy Creative Awards 2024 akan berlangsung di Singapura pada 3 dan 4 Disember ini dan Astro akan bersaing untuk memenangi trofi emas AAA yang berprestij.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Diam Hael Husaini Menang Anugerah Best Theme Song Or Title Theme (Malaysia) Di Asian Academy Creative Awards 2024

gempak
01/10/2024
04:04 MYT
Lagu berjudul Diam yang menjadi runut bunyi utama (OST) bagi drama popular My Famous Ex-Boyfriend, telah berjaya meraih anugerah ‘Best Theme Song or Title Theme (Malaysia)’ di Asian Academy Creative Awards 2024.
Berita

Pendapatan Astro Suku Tahun Kedua FY25 Meningkat 2 Peratus Kepada RM787 Juta

gempak
30/09/2024
13:25 MYT
Ia didorong oleh peningkatan pendapatan langganan yang dipacu oleh acara sukan utama dan permintaan berterusan bagi perkhidmatan jalur lebar.
Terkini

Drama Dari Mata Turun Ke Hati, Astro Berjaya Cipta Pendengaran Audio 480 Minit Khas Untuk OKU

gempak
27/09/2024
04:26 MYT
Astro sekali lagi membawa pembaharuan dan kelainan apabila berjaya mencipta kandungan drama dengan trek penerangan audio menerusi drama Dari Mata Turun Ke Hati.
Peraduan

GMW Giveaway: Hausboom Music Festival 2024

gempak
25/09/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Hausboom Music Festival 2024 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 4

gempak
25/09/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 4 Secara Percuma? Memang best!
BorakSeeni