,
Berita

Touch 'n Go Tidak Boleh Guna, Lelaki Bergaduh Dengan Pekerja Tol

Ernalisa
01/10/2024
04:55 MYT
Seorang lelaki bergaduh dengan pekerja tol di Plaza Tol Perling, Johor Bahru Ahad lalu, kerana tidak berpuas hati kad Touch 'n Go miliknya gagal digunakan meskipun bakinya mencukupi.
Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan daripada kedua-dua lelaki terbabit pada jam 10.11 pagi, Isnin.

BERITA BERKAITAN : Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

BERITA BERKAITAN : Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Selesai Kemelut Dengan Cara ‘Final Court Order’

BERITA BERKAITAN : Berjubah Putih, Fazura Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Permohonan Cerai - “Moga Dipermudahkan”

BERITA BERKAITAN : Berdiri Atas Satu Pentas Dengan Pelakon Korea, Netizen Terpesona Dengan Kecantikan Siti Saleha

Malah katanya, pihak polis juga mengesan satu video yang tular di laman sosial X menggunakan akaun @update11111 memaparkan kejadian gaduh melibatkan dua lelaki berkenaan.

“Hasil siasatan polis mendapati insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki berusia 30-an itu berlaku pada Ahad sekitar jam 1.15 tengah hari di pondok tol Plaza Perling menghala ke Iskandar Puteri.

“Seorang lelaki berusia 35 tahun mendekati penjaga tol kerana tidak berpuas hati apabila kad Touch 'n Go melalui kad pengenalannya tidak dapat digunakan walaupun terdapat baki wang yang mencukupi untuk melepasi palang tol.

“Akibatnya, perselisihan faham dan pergelutan berlaku antara lelaki berkenaan dan penjaga tol di situ hingga menyebabkan orang ramai yang berada di lokasi meleraikan pergaduhan tersebut,” katanya.

Akibat pergaduhan tersebut, kedua-dua lelaki berkenaan mengalami kecederaan ringan di bahagian badan dan muka. Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu seksaan kerana melakukan gaduh gempar.
SIMBER:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Lelaki Boleh Guna Mata Kasar Untuk Periksa Tahap Kesihatan Air Mani Sendiri, Ini Cara-Caranya

gempak
30/09/2024
14:55 MYT
Kehadiran zuriat pastinya ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri sebaik sahaja mendirikan rumah tangga.
Hiburan

“Ambil Berkat Bulan Kelahiran Rasulullah…” - Ezzaty Abdullah Syukur, Selamat Bersalin Anak Ketiga

gempak
27/09/2024
07:55 MYT
Pelakon, Ezzaty Abdullah selamat melahirkan cahaya mata ketiga.
Gaya Hidup

“Mandul Bukan Hanya Pada Wanita” - Kaum Lelaki Jangan Anggap Pemeriksaan Air Mani Perkara Ringan, Ibu Mentua Tak Perlu Salahkan Menantu

gempak
24/09/2024
12:55 MYT
Kuantiti air mani merupakan satu topik yang cukup sensitif untuk dibincangkan bagi kaum lelaki.
Berita

Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri

gempak
22/09/2024
23:55 MYT
Seorang peniaga makanan bergoreng yang hidup miskin mempunyai dua orang isteri dan tinggal di sebuah rumah daif di wilayah Jawa Timur.
Hollywood

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

gempak
22/09/2024
13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.
BorakSeeni