Hari Raya ini tak sah jika Astro tidak menghidangkan rancangan yang menarik dan istimewa untuk tontonan ramai.



Aidilfitri kali ini, supertelemovies serta persembahan lawak semestinya menjadi pilihan yang bakal membuatkan anda terhibur sambil menjamu juadah raya.

Justeru, Gempak senarikan filem, supertele serta program yang menarik untuk anda tonton bila-bila masa menerusi AstroGO Raya ini!


Heist-Dil-Fitri

Ibrahim, Musa dan Anis, perompak professional yang tidak pernah merasai kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga. Musa mendapat idea untuk merompak rumah seorang hartawan dan memaksanya untuk menyambut raya seperti sebuah keluarga bersama mereka.

Pelakon: Zizan Razak | Issey | Shiqin Kamal

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/8TguHKocNxpz3evL7

Quran Pondok Buruk


Atas permintaan peminat, 'Pondok Buruk', sebuah kisah air mata penuh pengajaran kembali selepas 20 tahun, dengan barisan pelakon asal dan wajah baharu dari generasi kini. Kesinambungan daripada telefilem lagenda Pondok Buruk 1 dan 2, Quran Pondok Buruk membawakan kisah obsesi tiga adik-beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telahpun meninggal dunia..

Pelakon : Dato Rosyam Nor | Fauziah Nawi | Dato Jalaluddin

Jaga-jaga Senariounion


Sebuah majlis akad nikah terpaksa dibatalkan apabila dulang hantaran bernilai RM50 ribu disamun. Muncul seorang penyiasat insuran untuk menyiasat insiden tersebut.

Pelakon: Mohd Azlee|Abdul Wahid|Ahmad Hamdan

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/ZKfneNBZi8Qp5cKp8

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa


Penduduk Kampong Pisang bekerjasama untuk persiapan jamuan Raya ketika huru-hara melanda penduduk kampung itu. Adakah rancangan mereka untuk sambutan raya itu berjaya?

Pelakon: Dato Awie|Nazeera Sardi|Kaka Azraff

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/DqNQwMSZGr4RMft88

Koleksi Sepahtu Reunion Al-Raya

Koleksi Sepahtu Reunion Al Raya menampilkan selebriti jemputan popular koleksi dari tahun 2019 hingga 2022.

Pelakon: Jep, Rahim, Pak Ya dan artis jemputan yang popular

Saksikan semua program menarik di atas hanya di Astro Go dan On Demand! Tiada Astro Go? Jangan risau, ikut cara mudah ini untuk memuat naik Astro Go di telefon pintar dan gajet anda sekarang.