,
Laman Utama

#AstroGoMovies: Jom Tonton Filem Everything Everywhere All At Once Lakonan Michelle Yeoh & Pemenang Oscar 2023 Sekarang!

Shahrin Zulkifle
17/03/2023
15:00 MYT

Bahang acara berprestij popular iaitu Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) masih terasa hingga ke hari ini.

Malah, menjadi kebanggaan negara apabila pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada acara tersebut menerusi lakonan hebatnya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Selain filem Everything Everywhere All At Once yang berjaya membawa pulang beberapa anugerah, filem box officelain yang berjaya memecah panggung turut dinobatkan sebagai pemenang.

Oleh itu, jom kami kongsikan kepada anda lima filem yang berjaya di Oscar 2023 yang boleh ditonton menerusi platform Astro Go:

#1. Everything Everywhere All At Once

Evelyn Quan Wang, wanita Amerika berbangsa Cina mempunyai kedai dobi layan diri bersama suaminya. Ketegangan memuncak kerana bisnes diaudit IRS. Evelyn kemudian diberitahu alam semesta yang selari dengan suaminya krisis anjak antara dimensi akan merungkai realiti. Kini, dia perlu hubungkan versi alam semesta yang selari dengan dirinya bagi menghalang makhluk berkuasa memusnahkan dunia pelbagai.

#2. Top Gun

Setelah 30 tahun berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut ternama, Pete “Maverick” Mitchell mendapat seruan untuk melakukan sesuatu yang baru sebagai juruterbang ujian yang berani. Namun, Maverick harus berdepan masa silamnya apabila dia kembali ke TOP GUN untuk melatih sekumpulan pelajar elit dan bersemuka dengan Lt. Bradshaw, bekas anak lelaki kawannya, “Goose”.

#3. All Quiet On The Western Front

Apabila Paul yang berusia 17 tahun menyertai Barisan Barat dalam Perang Dunia I, keterujaan awalnya tidak bertahan lama apabila dihancurkan oleh realiti kehidupan yang suram di parit.

#4. RRR (Netflix) Naatu Naatu

Seorang pahlawan yang tidak gentar dalam misi berbahaya berhadapan dengan seorang polis yang kuat berkhidmat dengan tentera British dalam kisah epik di India sebelum merdeka.

#5. Black Panther Wakanda Forever (Disney+)

Ratu Ramonda, Shuri, M'Baku, Okoye dan Dora Milaje berjuang untuk melindungi negara mereka daripada campur tangan kuasa dunia selepas kematian Raja T'Challa. Ketika Wakanda berusaha untuk merangkul bab seterusnya, para wira mesti bersatu dengan bantuan Anjing Perang Nakia dan Everett Ross dan menempa laluan baharu untuk kerajaan Wakanda.

Anda terlepas menyaksikan momen Michelle dinobatkan sebagai pemenang di Oscar 2023? Jangan risau, kini anda boleh menonton semula di Astro Go!

Kalau tiada Astro Go, ikut cara mudah ini untuk memuat naik Astro Go di telefon pintar dan gajet anda sekarang.

  • Muat naik aplikasi Astro GO dengan hanya klik di sini (Google Play Store) atau di sini (Apple Store). Cara lain ada juga boleh strim secara terus melalui komputer riba anda di astrogo.astro.com.my

  • Sambungkan Astro ID anda kepada Astro GO dengan mengikuti step di sini

  • Log masuk Astro Go dengan mendaftar menggunakan Astro ID anda

  • Pilih dan layan drama kegemaran anda sekarang

  • Atau scan QR code di bawah untuk mendaftar

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.