Belum selesai sepenuhnya masalah paip pecah yang berlaku kelmarin, timbul pula isu pencemaran Sungai Selangor yang memaksa syarikat Air Selangor menghentikan tugas loji rawatan air Sungai Selangor dan Rantau Panjang hari ini.

Ekoran masalah tersebut sebanyak 1,292 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur terpaksa berdepan masalah gangguan air tidak berjadual.

Ternyata, situasi tersebut menyebabkan ramai yang berasa tidak senang duduk apabila keperluan asas utama dalam kehidupan seharian terputus bekalan bagi tempoh yang lama.

Apatah lagi keperluan air untuk membasuh tangan dengan lebih kerap seperti yang disaran dalam usaha mengekang penularan virus Covid-19 memandangkan mereka kini juga turut berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ternyata ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan Air Selangor apabila masalah tersebut kerap berulang kali berlaku di Selangor.

Hal berkenaan yang menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen menyebabkan Air Selangor turut trending di Twitter.

Daripada isu serius, netizen kemudian cuba menjadikan Air Selangor sebagai bahan troll.

Hal ini kerana, ramai yang mencadangkan agar Air Selangor pergi mendapatkan rawatan perubatan Islam ekoran masalah 'gangguan' yang sering dialami.







Bagaimanpun, setakat pukul 3 petang tadi Air Selangor dalam satu kenyataan memberitahu bahawa kesemua loji tersebut masih belum boleh beroperasi lagi.

Tiada tarikh jangkaan bekalan air bersih akan kembali disalurkan kepada pengguna seperti sedia kala.

Katanya, bacaan pencemaran masih belum lagi konsisten biarpun sudah berada pada tahap 0 TON

Begitupun, sebagai alternatif, Air Selangor sudah menggerakkan 91 lori tangki untuk dihantar ke kawasan terjejas.

Pada masa sama orang ramai juga boleh mendapatkan bekalan air bersih menerusi kemudahan 31 tangki statik, 17 pusat khidmat setempat dan 21 pili awam bagi kegunaan pengguna.

Anda boleh semak kawasan yang terjejas di sini.

Kepada orang Selangor dan Kuala Lumpur, bertabahlah ya! Sama-sama kita doa agar masalah gangguan air ini tidak berterusan!