Hiburan

Atas Angin Festival 2024 Makin ‘Liar’, Ada Alleycats, Aizat, Bittersweet & 101 Pemuzik

Maliah Surip
02/07/2024
19:32 MYT
Semakin padu dan ‘liar’ penganjuran Atas Angin Festival 2024 yang disifatkan seperti sambutan hari raya buat pemuzik dan peminat tahun ini bakal membariskan 101 pemuzik yang akan membuat persembahan dalam sehari.

BERITA TRENDING: Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

BERITA TRENDING: Aizat Amdan, Lain Macam Fesyen Sekarang!

BERITA TRENDING: “Sosial Media Tak Elok Untuk Saya” - Aizat Amdan Akui Jarang Kongsikan Hal Peribadi Di Internet Sebab…

Dijadual berlangsung pada 3 Ogos 2024 bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam, Atas Angin Festival 2024 akan dianjurkan buat kali kedua di Rofftop @7 Mytown Cheras dengan pembabitan kategori persembahan seperti artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ.
Salah seorang pemuzik yang menarik perhatian pada penganjuran kali ini adalah kugiran legenda, Alleycats.
Menurut Pengarah Projek Atas Angin, Arif Imran atau Bam, pemilihan Alleycats yang cukup terkenal dengan hit seperti Andainya Aku Pergi Dulu dan Hingga Akhir Nanti adalah usaha untuk menarik peminat dalam golongan lebih berusia.
“Sebenarnya kami tidak ada kriteria spesifik mengenai pembabitan band dalam festival ini. Alleycats adalah legenda dan kami berharap dapat menarik peminat dalam kalangan yang berusia.
“Dan bapa saya peminat Alleycats,” ujar Bam berseloroh sewaktu sidang akhbar Atas Angin Festival 2024 di MyTown Cheras.

BERITA TRENDING: Atas Angin Festival Padu, Banyak Bakat Raw & Another Level!

Selain Alleycats, antara nama baharu yang akan ikut ‘memecahkan suasana hari raya versi Atas Angin adalah Kyoto Protocol, Bittersweet dan Aizat Amdan.
Malah berbanding empat pentas pada tahun lalu, Atas Angin Festival 2024 menambah satu lagi panggung yang dikenali sebagai Rising.
“Di sini kami memberi peluang kepada semua pemuzik lokal sama ada baharu atau lama untuk beraksi. Macam pentas Rising kita beri peluang kepada band yang bermain di gig kecil bermain dengan band-band besar di empat pentas lain.
“Apa yang penting Atas Angin Festival boleh membuatkan semua penonton gembira.
“Datang dan terokai muzik baharu yang mungkin tidak anda dapati dalam festival lain di Atas Angin Festival 2024,” ujar Bam lagi.
Antara 101 pemuzik lain yang akan memeriahkan Atas Angin Festival 2024 adalah The Times, Jemson, Skudap Skudip, 6ixth Sense, IMNEETA, Krusty, Iqbal M, Hyper Act, Jemput Dengar, Amir Jahari, Estranged, Dum Dum Tak, Naratu, Sabda Alam, Singing Bersama, Velvet dan ramai lagi.
Jualan tiket kini berada di fasa ketiga dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com dengan harga serendah RM 159 bagi tiket solo (1x), RM 300 bagi tiket duo (2x), dan RM 556 bagi tiket group (4x).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.
Hiburan

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

gempak
04/07/2024
21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.
Viral

Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024

gempak
04/07/2024
15:57 MYT
Festival muzik Pestapora akan kembali dengan edisi untuk tahun 2024.
Hiburan

Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

gempak
04/07/2024
14:50 MYT
Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal menjadikan alaman membaca taklim bersama suami sebagai rutin sebelum tidur.