Laman Utama

Atas Angin Festival Padu, Banyak Bakat Raw & Another Level!

gempak
Maliah Surip
07/08/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Atas Angin Festival Padu, Banyak Bakat Raw & Another Level!
Ada banyak perkara yang boleh ditulis mengenai Atas Angin Festival (AAF) yang berlangsung di MyTOWNKL - Roof@7, 5 Ogos lalu.
Memasuki tahun keenam penganjuran, ucapan terima kasih dan sekalung tahniah buat Pengarah Urusan Atas Angin, Arif Imran atau Bam sepatutnya didahulukan kerana tanpa kecintaan dan keinginannya menghidupkan AAF, generasi hari ini mungkin akan kepupusan hiburan lokal yang sangat hebat.
Menerusi AAF, Bam memastikan hayat band-band atau pemuzik lokal yang kebanyakannya bergerak secara indie serta ada yang hampir tidak pernah dipaparkan media massa terus panjang.
Menampilkan 75 pemuzik lokal AAF tahun ini sukses luar biasa. Bayangkan seawal 9 pagi sudah ada pemuzik yang membuka panggung sehingga ditutup sekitar 11.30 malam dengan kehadiran lebih 6,000 penonton yang tidak berkurang atau berganjak pulang.
Semua penonton punya pilihan untuk berada di salah satu empat panggung yang disediakan antaranya Indie Nasional dan Burn Tau dengan seleksi genre muzik yang digemari.
Pemuzik pula silih berganti, bermain mengikut jadual ditetapkan dan persembahan yang ditampilkan memang ‘gila rabak’. Di selang seli pemuzik yang sudah ‘ada nama’ seperti ACAB, Gerhana Ska Cinta, 6ixth Sense, Nastia, Hyper Act, Amir Johari, Masdo, Oh Chentaku, Skudap Skudip, Iamneeta, The Times, Budak Nakal Hujung Simpang, Kyoto Protocol dan Ramayan misalnya, masih ada puluhan band lokal lain yang tidak mahu kalah dengan mempamerkan persembahan berkualiti.
Mereka termasuklah kugiran seperti Kolar Hijau, Hacktick, Krusty, Impatient Sister, Undercover Dream Club, Tilu, Couple, Joanna & Co, Empty Pages dan Zerophobia misalnya yang punya crowd tersendiri.
Satu hal yang membuatkan AAF sebuah pesta yang menarik adalah bagaimana kita dapat melihat banyaknya bakat lokal yang sangat raw dan patut diberi peluang untuk bermain dalam banyak lagi festival lain.
Hal ini kerana adalah penting untuk memberi mereka peluang mempersembahkan kualiti yang ada setanding malah lebih baik daripada pemuzik komersial sedia ada sekaligus menunjukkan kepada negara luar bahawa Malaysia mempunyai banyak bakat yang hebat tetapi kurang diberi perhatian.
Selain itu, AAF juga menunjukkan betapa sesebuah pentas tidak perlu gah atau terlalu extravangza seperti daripada permainan lampu atau dibina keterlaluan. Tapi cukup dengan pentas segi empat yang boleh memuatkan semua pemuzik dengan kualiti bunyi yang padu!
Dan di AAF, selain muzik serta jualan produk lokal, hal yang menjadikan ia sebuah temasya adalah menemukan pelbagai jenis fesyen yang digayakan pengunjung — daripada punk sehingga hanya t shirt dan berseluar pendek, semuanya menjadi daya tarik buat festival ini.
Akhir sekali AAF juga membawa kita kembali ke terowong masa lalu di mana muzik-muzik yang disifatkan beraliran tidak elok atau gig-gig yang selalu diganggu dengan serbuan sebenarnya tidak memberi ancaman apabila diterjemahkan dalam sebuah festival secara terbuka dengan sikap pengunjung yang ‘aman’.
Sekali lagi tahniah kepada penganjur dan pesanan untuk calon penaja, tolong beri kepercayaan untuk menaja AFF kerana setiap sen yang bakal dikeluarkan bukan hanya berbaloi untuk kepentingan syarikat tetapi secara tidak langsung akan dapat membantu pemuzik-pemuzik lokal dengan bakat luar biasa ini berkembang.
AAF, kesemua 75 pemuzik lokal yang bergabung di sini, korang memang another level!
BACA: Peminat Anggap Atas Angin Independent Festival Sebagai Taman Permainan, Tolak Tepi Stigma Masyarakat, Penganjuran Perlu Diteruskan!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live