Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

Asyikin Mayudin
21/06/2024 04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.

Boleh Nikmati Bersama Keluarga

Lebih istimewa, Sheriff boleh dinikmati oleh seluruh seisi keluarga dengan satu harga.

Bermula hari ini pelanggan Astro berpeluang menonton Sheriff dengan harga hanya RM16.20 di platform Astro, manakala semua penonton Malaysia boleh menyaksikan filem ini di platform penstriman sooka bermula 24 Jun dengan harga RM 19.50 berulang kali dalam tempoh 48 jam, di mana-mana mengikut keselesaan mereka.

Menurut Penerbit Eksekutif Sheriff dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad Sheriff telah melakar kejayaan serta berjaya menembusi pawagam negara luar seperti Hong Kong dan negara Asean.

“Filem Sheriff melakar kejayaan membanggakan apabila naskhah ini telah meninggalkan kesan pada penonton tempatan serta menembusi pawagam-pawagam negara luar seperti Hong Kong dan negara-negara Asean.

“Selepas dua bulan mendominasi pawagam, kami bawakan filem Sheriff ke platform Astro. Tambah mengujakan, ia tidak terhad kepada pelanggan Astro sahaja, tetapi semua penonton dan penggemar filem tanah air boleh menyaksikan Sheriff di platform penstriman sooka tanpa kontrak dan bebas komitmen.

“Ini adalah pertama kali Astro First boleh dilanggan melalui sooka, dan inisiatif ini selari dengan usaha untuk membawa kandungan berkualiti kepada seluruh penonton Malaysia tanpa batasan,” katanya.

Terdahulu Sheriff telah menerima reaksi positif daripada penonton. Filem Sheriff telah mencatat 61 juta capaian di media sosial Astro menerusi #Sheriff. Sheriff membariskan pelakon Zul Ariffin, Syafiq

Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, S/haruddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi.

Selain filem Sheriff, tiga lagi filem lain yang boleh dilanggan di sooka menerusi Astro First adalah 19 Puasa : Playboys Of Plestik Hitam, Gemencheh Boys, dan filem anime Jepun Lonely Castle In The Mirror bermula 24 Jun ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi terbaik tahun 2024 ini kini di Astro First platform Astro dan di sooka pada 24 Jun.

Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Sheriff di akaun media sosial Astro First seperti Instagram, TikTok, Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: PM Kagum Kualiti Filem Tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: PMX Puji Filem Sheriff - "Saya Kagum Dengan Jalan Cerita, Dialog &..."

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

​ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

#Elizabeth Tan #Aaron Aziz #Zul Ariffin #Astro First #Syafiq Kyle #Azira Shafinaz #sooka #Sheriff #Filem Sheriff