Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti yang ditonton beliau pada malam Rabu.

PM puji filem Melayu tempatan

Beliau memuji penerbitan filem Melayu yang dikatakan semakin maju serta kreatif.

Malah, filem lakonan Zul Ariffin itu juga sarat dengan mesej mendalam mengenai peranan agensi penguatkuasa dalam negara dan pada masa sama.

Berita Trending: Penggemar Filem, Ini Top 5 Filem Bergenre Rompakan Yang Best, #5 Korang Wajib Tengok!

"Cerita ini papar kelemahan dalam suatu pasukan tapi juga ada kekuatannya dalam Malaysia (penguatkuasa) iaitu tidak kurang orang yang sangat mempertahan integriti serta menolak kecurangan seperti gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya kepada tetamu yang menghadiri tayangan khas filem itu di IOI City Mall pada malam Rabu.

Berita Trending: Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

Anwar turut berkata kerajaan akan sentiasa menyokong industri perfileman tempatan bagi merancakkan lagi pertumbuhannya.

Berita Trending: Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

“Jika inilah kualiti filem Melayu kita, saya percaya masa depannya yang cerah dan industri filem Melayu mampu bersaing dengan filem lain di peringkat serantau dan antarabangsa,” tambahnya.

Selain filem Sheriff, filem tempatan lain yang anda boleh saksikan adalah filem The Experts, yang turut dibintangi pelakon Sheriff iaitu Dato Aaron Aziz dan Syafiq Kyle.

The Experts bukan saja menjadi filem Melayu terbaru yang mendapat sambutan hebat di pawagam, malah produksi dan jalan ceritanya menerima pujian dan review positif dari penonton.

'The Experts' menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.

Berita Trending: Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama? Jom tonton The Experts.

The Experts' diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

Berita Trending: Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!