Pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui kehidupan rumah tangga sangat indah malah dia sentiasa mahu melakukan yang terbaik sebagai seorang isteri.

BERITA TRENDING: Atikah Suhaime Masih Rasa Janggal Dipanggil 'Datin', Selesa Panggil Nama Kecuali Ketika ...

Menurut Atikah menerusi video temu bual di TikTok Nona, dia berasa selamat kerana mengetahui suaminya iaitu ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh sentiasa ada untuknya.

“So happy, indahnya… cepatlah kahwin, semua best. Dia rasa tanggungjawab itu ada, sebagai seorang isteri, rasa nak buat yang terbaik untuk pasangan kita.

“Saya rasa selamat, yang paling penting, saya rasa selamat sangat. Sebab saya tahu bahawa suami saya akan sentiasa ada untuk saya,” kata Atikah.

Pada perkongsian yang sama, pelakon kelahiran Singapura ini juga mendedahkan suaminya bukan sahaja seorang yang kelakar, malah dia juga sangat gemar memberi derma.

“Dia kelakar, pandai busines, dia sebenarnya sangat dermawan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Atikah memberitahu dia pernah terfikir untuk menjadi suri rumah selepas berkahwin namun lebih selesa untuk bekerja kerana sudah menjadi kebiasaannya.

“Saya rasa, mula-mula saya nak jadi macam Datin duduk rumah, saya nak sangat tapi saya rasa tak boleh, sebab saya jenis yang nak sentiasa bekerja. Malah sebelum saya jumpa suami, saya sentiasa bekerja.

“Saya dah memang lahir-lahir memang suka kerja jela. Saya rasa tak kisah, semua wanita adalah sangat berjaya dalam apa jua, awak boleh jadi suri rumah berjaya, usahawan berjaya dan ibu yang berjaya.

“Jadi terpulang apa yang awak nak sebenarnya. Saya pilih bekerjayalah,” katanya.

Untuk rekod, Dengan sekali lafaz, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya Datuk Lokman Teh, 34, dalam sebuah majlis tertutup pada 21 Januari lalu.