Hiburan

Atikah Suhaime Masih Rasa Janggal Dipanggil 'Datin', Selesa Panggil Nama Kecuali Ketika ...

gempak
Firdaus
24/01/2024
05:00 MYT
Sponsor Banner
Atikah Suhaime Masih Rasa Janggal Dipanggil 'Datin', Selesa Panggil Nama Kecuali Ketika ...
Baru sahaja mendirikan rumah tangga, pelakon, Atikah Suhaime mengakui dirinya berasa kekok apabila dipanggil dengan gelaran Datin.
Menurut Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata, dirinya masih mengambil masa untuk membiasakan diri dengan gelaran tersebut dan hanya menggunakan panggilan Datin ketika bekerja.
“Mungkin Datin dari segi kerja, tapi dengan kawan-kawan saya suruh panggil Atikah sahaja. Tak payah nak Datin-Datin.
“Kalau contoh masuk pejabat fahamlah panggil Datin, tapi saya selesa dengan nama sendiri, peliklah bila orang panggil Datin,” katanya.

Berita Trending: Atikah Suhaime, Datuk Lokman Teh Selamat Bernikah

Dalam pada itu, Atikah berkongsi tidak tertekan dengan perihal berkaitan zuriat sebaliknya berasa gembira apabila ramai yang mendoakannya untuk menimang cahaya mata.
"Untuk seorang wanita mencapai kejayaan sememangnya untuk ada anak selain daripada bersuami.
“Saya gembira ramai orang nak benda tu dan dalam masa yang sama mereka mendoakan Atikah untuk dapatkan zuriat,” kongsinya kepada Gempak.
Sekadar info, Atikah Suhaime selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu.
Majlis mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di ibu negara dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta teman rapat sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024