Laman Utama

Atita Haris Mula Berlakon, Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok – “Cantiknya Dia, Bakat Pun Ada”

Mya Amri
27/10/2020
12:00 MYT
Isteri kepada pelakon dan DJ, Nas-T Atita Haris kini memberanikan diri untuk mencuba rezeki dalam bidang lakonan.
Menerusi akaun Instagramnya, Atita atau lebih mesra disapa Tita berkongsi beberapa klip pendek telemovie lakonannya berjudul, Iman Hakiki.
Walaupun hanya klip pendek namun lakonan Tita mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji bakat lakonan dimilikinya.
Mereka juga menyatakan pendapat bahawa lakonan Tita sangat bersahaja dan nampak real selain tidak kekok beraksi di hadapan kamera.
Pengikutnya juga meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton lakonan Tita yang membawakan watak gadis kampung bernama Maimunah.
“Titaaaaa so natural love it! Nak tengok,” coret @fifyazmi
“Cantiknya awak. Mesti meletop lepas drama ni keluar,” komen @myfizafizi
Selain Tita, telemovie ini juga dibintangi oleh Hisham Hamid dan Rominah Sidek.
Iman Hakiki arahan Rashid Sibir ini akan ditayangkan pada Khamis, 29 Oktober jam 10 pagi di Astro Oasis (saluran 105).
Terdahulu, Tita sebelum ini sememangnya dikenali di media sosial bersama anak sulungnya, Nur Sofia (Opi) dengan ragam lucu mereka.
Tita telah mendirikan rumah tangga bersama Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin pada 29 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nas Taliyah.
Sebelum ini, Tita pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Nur Sofia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Pick Me Up Challenge Versi Deadlift Nas-T, Ramai Baru Perasan Rupa-Rupanya ...

gempak
28/11/2023
08:55 MYT
Sedar tak sedar kan....
Laman Utama

Atita Haris Selamat Bersalin, Ramai Ucap Tahniah - “Wah Surprise Betul Ni, Tak Perasan Pun Hamil”

gempak
23/12/2021
03:26 MYT
Tahniah Nas-T dan Tita, Opi dapat adik lagi nampaknya hehe
Laman Utama

“Tinggi Macam Pokok Kelapa” - Atita Haris Nafi Edit Panjangkan Kaki Dalam Foto

gempak
06/08/2020
09:31 MYT
Memang tinggi sejak azali.
Berita

Anak Anugerah Terindah, Nas-T Gembira Jadi Bapa

gempak
24/02/2017
12:11 MYT
Hiburan

Atita Haris Kongsi Foto Lucu Nas-T Jaga Anak

gempak
27/01/2017
06:00 MYT