Laman Utama

Atita Haris Selamat Bersalin, Ramai Ucap Tahniah - “Wah Surprise Betul Ni, Tak Perasan Pun Hamil”

gempak
Mya Amri
23/12/2021
03:26 MYT
Sponsor Banner
Atita Haris Selamat Bersalin, Ramai Ucap Tahniah - “Wah Surprise Betul Ni, Tak Perasan Pun Hamil”
Isteri kepada pelakon Nas-T, Atita Haris selamat bersalin anak kedua.
Berita gembira itu dikongsi Nas-T menerusi hantaran terbaharu beserta kapsyen ringkas “Alhamdulillah” hari ini.
Hantaran tersebut meramkamkan Nas-T sedang memeluk dan memandang wajah anaknya dengan penuh kasih sayang.
Tidak hanya Nas-T, Atita jugak turut berkongsi foto anaknya di akaun Instagram.
“Alhamdulillah, adik dah jadi kakak,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-raya pengikutnya terkejut kerana tidak mengetahui Atita hamil sebelum ini.
Bagaimanapun mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan bayi comel itu membesar dengan sihat.
“Allahuakhbar, dah selalu tengok Tita pun boleh tak perasan, tak sangka Tita tengah hamil. Alhamdulillah, tahniah, selamat berpantang,” tulis @kakngahainnur.
“Surprise sangat ni, know-know dah keluar baby. Tahniah Tita, mesti baby comel macam Opi dan adiknya,” komen @syaaroslan_
“Akak buat surprise ke, tahu-tahu ada baby baru. Ahh cute, congrats kak selamat berpantang,” coret @mekrxx
Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin mendirikan rumah tangga bersama Atita pada 29 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nas Taliyah.
Sebelum ini Atita pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Sofia atau lebih dikenali sebagai Opi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024