Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
Maliah Surip
05/09/2024
20:55 MYT
Sponsor Banner
Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.

Didakwa bertengkar kerana sebidang tanah

Rebecca Cheptegei yang mewakili Uganda dalam temasya tersebut menghembuskan nafas terakhir pada usia 33 sehari selepas insiden berlaku di Barat Laut Kenya.
Cheptegei diserang bekas kekasihnya sebaik pulang daripada gereja bersama dua adiknya, lapor BBC.

ARTIKEL BERKAITAN:Jutawan Sekelip Mata! Atlet Pakistan Terima Habuan Wang Tunai RM2.6 Juta, Seekor Kerbau

ARTIKEL BERKAITAN:Pengulas Sukan Khairil Azwa Tak Sangka Tular, Ramai Tekejut Lepas Tahu Wajah Sebenar - “Mereka Gambarkan Saya Tua, Badan Berisi & Kepala Botak”

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Selepas Alat Sulit Terkena Palang, Anthony Ammirati Ditawar RM1 Juta Untuk Tunjuk ‘Aset’ Dalam Laman Lucah

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Wajah Imran Bard Persis Atlet Olahraga Olimpik Amerika Syarikat - “Muka Sama Perangai Sama”

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”

Menerusi laporan pihak berkuasa tempatan, pasangan tersebut sebelum itu bertengkar dipercayai kerana sebidang tanah.
Atlet yang disifatkan sebagai pemurah dalam kalangan rakannya itu diketahui telah membeli sebidang tanah di kawasan Trans Nzoia dan membina rumah berdekatan dengan pusat latihan sukan.

“Mereka dilihat bertengkar di luar rumah sebelum lelaki itu menyimbah Cheptegei dengan cecair dan membakarnya,” terang saksi.

Cheptegei walaubagaimanapun tidak dapat diselamatkan selepas semua organ dalamannya gagal berfungsi sementara kekasihnya yang mengalami lecur berada dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live