Program All Together Now Malaysia (ATNMY) akan memasuki konsert minggu ketiga malam ini.

Sudah beberapa minggu ditayangkan, tentunya anda mempunyai juri kegemaran.

Pada masa sama, mungkin anda sudah tahu juri manakah yang mudah berdiri memberikan markah kepada peserta, dan juri mana yang agak susah berbuat demikian.

Mampukah peserta minggu ini menambat hati juri dan adakah antara mereka yang berjaya mendapatkan 100 markah?

Kalau anda nak tahu, setiap peserta hanya mempunyai 90 minit di atas pentas untuk membuat persembahan, cukup ke tak?

Segala persoalan akan terjawab malam ini! Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)