Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob mencuri perhatian wargamaya apabila mengajuk cara cucu beliau, Jeanelle Nika Mandagie berjalan.

Menerusi laman sosial Instagram, anak beliau, Datin Nina Sabrina berkongsi sepotong video aksi comel datuk dan cucu itu untuk tatapan umum.

“Cucu atuk,” tulis Nina ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 11 saat itu, Jeanelle berjalan menuju ke arah Ismail Sabri lalu memeluk datuknya.

A post shared by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri)


Ismail Sabri pula dilihat meniru gaya jalan Jeanelle sebelum menyambut pelukan cucunya itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya dan rakan selebriti yang terhibur melihat aksi dua beranak itu yang kelihatan comel.

Atuk kalau jumpa cucu mesti akan buat kelakar!” tulis pelakon Yana Samsudin.

Yang atuk pun jalan macam cucu,” kata seorang wargamaya.

Dalam ketegasan, bila jumpa cucu terus jadi cute,” usik seorang wargamaya.

Comelnya princess! Atuk pun sporting dengan cucu. Happy tengok cucu dengan atuk,” komen seorang wargamaya.

Datuk Sri dah macam menari zapin. Haaa masuk!” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan daripada warga Instagram.