Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aura Hebat Eman Manan, Filem Takluk: Lahad Datu Beri Impak Kepada Penonton - “Ada Masa Kau Akan Rasa Macam Dekat Situ Sekali”

Asyikin Mayudin
20/08/2024 13:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Izzat Haikal berkongsi ulasannya mengenai filem Takluk: Lahad Datu selepas menonton tayangan awal baru-baru ini.

Lakonan hebat

Memuji lakonan Syafiq Kyle dan pelakon hebat Eman Manan, Izzat Haikal turut terkesan dengan hasil kerja produksi filem tersebut.

“Filem Takluk: Lahad Datu yang di-INSPIRASI-kan daripada kisah benar is definitely an upgrade daripada Air Force The Movie (same director).

“Syafiq Kyle punya lakonan perform seperti biasa dan Eman Manan punya aura sebagai antagonis can be felt through the big screen.

“Production value filem ni sememangnya 100. There are a few battles throughout the movie, the first battle felt 'biasa' and not impactful enough but then things keep getting better and bloodier.

ARTIKEL BERKAITAN: Eman Manan Tiada Alasan Hadkan Diri Untuk Berlakon, Syukur Diberi Kesihatan Baik – “Setakat Ini Tiada Ubat Yang Perlu Saya Makan”

ARTIKEL EBRKAITAN: Masuk Kem Latihan Seminggu, Syafiq Kyle Kongsi Cabaran Ketuai ‘The Real’ Komando Dalam Takluk: Lahad Datu – “Kami Dilayan Seperti…”

“Masuk saja part Kampung Air, peh padu. The action, brutality, camera work dan setiap tembakan tu lagi impactful dan 'real',” katanya menerusi Instastory.

Pada perkongsian yang sama, Izzat Haikal turut memberitahu dia berasakan seperti berada di dalam filem itu selain ada babak yang mengejutkannya.

“Ada time kau akan rasa macam kau dekat situ sekali dengan diorang. Oh and also akan ada satu scene penggal kepala and damn it looked so real (warning for parents with anak kecik).

“Despite its flaws, Takluk: Lahad Datu is a solid local movie that will leave you wanting for more a (for real guys) Tonton nanti okay,” ujarnya lagi.

Filem Takluk: Lahad Datu yang mendapat inspirasi daripada kisah benar di Lahad Datu kira-kira 11 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Skeptikal, Takut Filem Lakonannya Tak Meletup – “Kutipan Tinggi Itu Bukan Kerja Saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Lewat 'Call Time', Kamal Adli Nafi Tak Berdisiplin - "Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri..."

Takluk: Lahad Datu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar dan ramai lagi.

Filem yang bakal ditayangkan 22 Ogos ini dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh wira-wira negara.

#Filem #Filem Tempatan #Astro Shaw #Takluk Lahad Datu #Filem Takluk Lahad Datu #Izzat Haikal