Subaru WRX Club Spec itu adalah versi yang paling tinggi dalam model berkenaan selepas dilengkapi dengan beberapa opsyen lain serta komponen STi. Ia dijual pada harga bermula AUD 47,990 (RM144,382) untuk manual, manakala CVT AUD 50,490 (RM151,904).

Memandangkan ia dibina menggunakan spesifikasi tertinggi, ia dilengkapi
kerusi berkuasa elektronik dengan pemanas dan sistem
audio Harman Karbon. Selain itu, ia dilengkapi jajan lain seperti
tempat duduk bucket Recaro di bahagian hadapan dan roda stereng balutan Ultrasuede serta
kemasan gentian karbon pada papan pemuka.
Bahagian luaran pula, Subaru WRX Club Spec ada beberapa perubahan lain seperti dilengkapi
rim aloi STI 18 inci, angkup brek Brembo dan lencana Club Spec hitam kusam di belakangnya. Pada masa sama, beberapa kemasan warna hitam juga kelihatan pada cermin sisi, antena dan spoiler belakang untuk memberi sedikit kelainan pada model edisi terhad itu.

Dari segi prestasinya, ia menggunakan
enjin 2.4 liter turbo yang dikatakan mampu menghasilkan output 400hp dengan tork setinggi 490Nm. Pilihan warna pula, jika tidak mahu warna biru, ia juga ditawarkan dengan warna putih dan hitam. Jentera itu dijangka tiba di pasaran Australia pada tahun hadapan.