Skip to main content

Hiburan

Isu Peminat Lelaki Bersikap ‘Obses’, Ini Respons Odda - “Memang Saya Agak Trauma Sedikit…”

Isu Peminat Lelaki Bersikap ‘Obses’, Ini Respons Odda - “Memang Saya Agak Trauma Sedikit…”

Sekilas

  • Odda Zulkifli berkongsi rasa simpati terhadap peminat lelaki yang obses dengannya tetapi mengakui kurang selesa dengan sikap tersebut.
  • Dia mendedahkan insiden itu menyebabkan dia trauma dan menasihatkan peminat supaya tidak bertindak keterlaluan terhadap selebriti.
  • Odda menegaskan pentingnya menjaga batasan dan membuat artis rasa selesa jika ingin rapat dengan mereka.
Advertisement

Penyanyi Auddra Zulkifli atau Odda mengakui dia berasa simpati dengan peminat lelaki yang didakwa bersikap obses terhadap dirinya.

Bagaimanapun anak kepada pasangan selebriti Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari memberitahu dia sebenarnya kurang selesa dengan individu berkenaan.

Advertisement

“Sejujurnya bagi saya… saya rasa kesian dekat individu itu. Mungkin orang nampak kesian dekat saya, ya saya kurang selesa ketika itu tapi saya juga kesian kat dia sebab saya ada ramai peminat, dan team saya boleh tolong saya.

“Dia tak ada orang nak tolong. Kita pun tak boleh nak buat andaian, tapi ramai kata dia waras saja dan bekerja. Jadi dia tahu apa dia buat, saya rasa dia bukan autisme,” kongsinya kepada Gempak.

Odda ditemui ketika majis pengumuman top 10 Anugerah Bintang Popular di Ombak KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Advertisement

Selepas insiden berkenaan, penyanyi berusia 17 tahun itu mengakui dia berasa sedikit trauma dengan peminat lelaki tersebut.

Odda juga menitipkan pesanan kepada peminat agar tidak bertindak keterlaluan apabila meminati seseorang selebriti.

“Tapi sejujurnya selepas insiden itu memang saya agak trauma sedikit. Sebab itu kadang-kadang saya jaga batasan dengan pemnat. Kalau minat atau obses dengan artis, saya rasa anda tak perlu berkelakuan seperti itu.

“Mungkin anda boleh berubah sebab kalau anda nak rapat dengan artis anda, anda kena buat mereka rasa selesa untuk dekat dengan anda,” ujarnya.

Terdahulu tular video memperlihatkan seorang peminat lelaki yang beberapa kali bersikap obses terhadap Odda yang meraih perhatian wargamaya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement