Sekilas
- Ezlisa Loy berkongsi momen terakhir bersama ibu tercinta yang sempat menunaikan solat taubat dan menitipkan pesanan agar mereka baca dan hafal Al-Quran serta jaga aurat.
- Ezlisa meluahkan rasa rindu terhadap air tangan ibunya dan mengakui masakan sendiri tidak sama walaupun sudah belajar memasak resipi yang diajar.
- Ibu kepada Ezlisa dan Elfira, Hajah Filzah binti Yusoff, meninggal dunia pada 13 September 2026 pada usia 61 tahun.
Hampir dua bulan pemergian arwah ibu tercinta, pelakon dan pempengaruh Ezlisa Loy berkongsi momen terakhir dia bersama Allahyarhamah.
Menurut adik kepada pelakon Elfira Loy itu, ibunya sempat menunaikan solat taubat selain menitipkan pesanan kepada dia dan adik-beradiknya.
“Sebelum mama ditidurkan, kami adik-beradik dapat jumpa mama… arwah juga sempat solat taubat. Arwah juga ada titipkan pesenan buat kami.
“Dia pesan agar kami baca dan hafal Al-Quran selain jaga aurat juga,” kata Ezlisa kepada Gempak.
Danish berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara CERUTTI 1881's new store concept with Aedy Ashraf di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ezlisa juga meluahkan rasa kerinduan untuk merasai air tangan arwah ibunya.
“Sebelum mama pergi (meninggal dunia), dia selalu minta saya belajar buat sambal. Tapi untuk saya… saya tak nak belajar sebab nak makan air tangan mak saya.
“Saya memang tak nak belajar. Tapi sekarang bila dah belajar masak, ada resipi yang mama dah ajar, takkan sama. Sebab air tangan kita lain,” ujarnya.
Untuk info, ibu kepada Ezlisa dan Elfira iaitu Hajah Filzah binti Yusoff, meninggal dunia dia usia 61 tahun pada, 13 September 2026.