ANTARABANGSA
Aveta Syarikat Motosikal Baharu Di Malaysia, Kini Ada Dua Model DY90 Dan RX110
Pasaran motosikal tempatan kini ‘dikejutkan’ dengan kehadiran pemain baharu di dalam industri permotoran apabila muncul jenama Aveta yang diam-diam membuat kemunculan November tahun lalu.
Aveta dipasar dan dikeluarkan oleh Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. Ia mula menjual dua model asas untuk pasaran tempatan iaitu Aveta DY90 dan Aveta RX110.
Buat masa ini dua model tersebut menjadi asas kepada Aveta Global Marketing untuk menembusi pasaran tempatan dan diberitakan ketika ini sudah menjual lebih 2,000 buah motosikal DY90 dan RX110.
Kedua-dua model itu dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD dan dijangka memperkenalkan beberapa model baru dalam beberapa bulan akan datang.
Sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang pengesahan diperolehi dari pihak Aveta yang dilihat mengunci mulut berkaitan kesahihan terbabit.

Menurut sumber industri, kedua-dua model berkenaan diperkenalkan di pasaran tempatan dalam bulan Mac 2020 yang lalu.
Difahamkan kedua-dua model itu menyamai model motosikal yang pernah dikeluarkan oleh sebuah syarikat pemasangan tempatan beberapa tahun dahulu. Namun ia tidak dipastikan kesahihan adakah dua model itu adalah sama atau tidak.

Bagi Aveta RX110 pula, ia adalah model kapcai mempunyai penampilan lebih sporty dan dijual sekitar RM4,039.20 tanpa insuran. Ia dilengkapi enjin empat lejang satu silinder bersesaran 110cc, dengan sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar.

Model itu tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hijau dan biru.
Must-Watch Video