Penyanyi Siti Sarah memberikan kata-kata semangat buat bintang Gegar Vaganza (GV7) Linda Nanuwil yang bakal beraksi malam ini.

Sarah yang juga merupakan bekas bintang GV3 percaya Linda bakal memberikan persembahan terbaik dengan membawa lagu nyanyiannya berjudul Jangan Kau Mimpi.

Linda menerusi akaun Instagramnya berkongsi video pendek ucapan Sarah sebagai pembakar semangat buat dirinya.

“Sarah nak ucapkan semoga berjaya menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi. Buat yang terbaik, saya tahu awak boleh lakukannya,” ujar Sarah.

Thank you @sitisarahraissuddin for the kind wish ?? Linda akan cuba buat yang terbaik!! ???? #jangankaumimpi

A post shared by Linda Nanuwil (@lindananuwil) on


Sementara itu, melalui coretannya juga, Linda mengucapkan terima kasih kepada Sarah.

Thank you @sitisarahraissuddin for the kind wish Linda akan cuba buat yang terbaik!! #jangankaumimpi,” tulisnya.

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.