Pelakon Nadzmi Adhwa gembira kerana akhirnya berjaya membuat kejutan hari lahir buat isteri tercinta Ardell Aryana.

Nazdmi menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) berkata, isterinya tidak pernah meminta apa-apa daripadanya.

First time berjaya suprise kan dia. Alhamdulillah. Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini.

“Susah senang saya dia selalu ada dengan saya. Terima kasih kerana menjadi ibu pada anak saya dan terima kasih sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik, Ardell yang kelihatan terkejut mengalirkan air mata melihat Toyota Alphard yang dihadiahkan suami.

Lebih menyentuh perasaan apabila Nadzmi memberitahu kepada Ardell tujuan dia menghadiahkan kereta tersebut.

“Dialah pembakar semangat saya. Awak tak pernah mintak saya apa-apa…Awak hanya suka kedai dua ringgit je.

“Jadi saya pun sedih juga, saya nak kena bagi sesuatu juga dekat awak. Saya tak tahu awak suka ke tidak tapi saya harap awak suka.

“Alphard yang lama tu bukan tak okay, masih okay tetapi kita dah lama pakai dan ‘lasak’ bawa dia ke sana ke sini hantar bantuan, angkat barang berat-berat semua.

“Saya sayang awak sangat-sangat, semoga kita sampai jannah berkekalan selama-lamanya” kata Nadzmi sambil mengucup dahi Ardell dengan penuh kasih sayang.

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa)