Hiburan
"Awal Dulu, Saya Geram Apabila Dilempar Pelbagai Kata Negatif, Tetapi...." - Fiena
Penyanyi baru Fiena atau nama sebenarnya, Nur Zafiena Anissa Zaini mengakui dirinya sering menerima tohmahan negatif dari segelintir pihak.
"Awal-awal dahulu saya akui memang ada perasaan geram apabila dilempar pelbagai kata-kata negatif, tetapi lama kelamaan, semua itu telah membuatkan saya lali.
"Saya memang mahu mencuba jika ditawarkan untuk berlakon atau melakukan alih suara, memang saya tak sempurna, tetapi saya sering menganggap diri seperti insan normal yang lain.
"Saya tidak pernah meletakkan diri sebagai insan berbeza dari orang lain, disebabkan itu, apa yang orang normal lain buat, saya juga ingin cuba melakukannya,' kata Fiena.
Penyanyi cacat penglihatan berusia 19 tahun ini bakal muncul dengan single kedua yang bertajuk Apa Salahku dan pada masa yang sama, Fiena juga menyatakan bahawa dia sudah menulis enam buah lagu dan kesemuanya masih disimpan olehnya.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Berita Harian
Must-Watch Video