HIBURAN
Bella Astillah Menangis Depan Kaabah, Syukur Selesai Tunai Umrah - “Tahun Lepas Saya Datang Dengan Tangisan Kesedihan Hingga…”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah syukur apabila selesai menunaikan ibadah umrah pada 10 malam terakhir Ramadan.
Selesai Tunai Umrah
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, turut bersyukur dapat bersama adiknya, Didi Astillah pada ibadah umrah kali ini.
“Terima kasih atas jemputan ke rumahMu ya Allah, Makkah Al-Mukarrahmah bagi hambaMu yang penuh kekurangan ini.
“Syukur Alhamdulillah selesai umrah. Bella dapat bawa adik @didiangelastillah bersama. Alhamdulillah,” coret Bella.
Menangis Depan Kaabah
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi momen dia menangis dihadapan Kaabah selepas berdoa di tempat paling suci itu.
“Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
“Dan kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang.
“Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya. Bella turut mendoakan semua yang mengenali Bella ataupun tidak.
“Kebelakangan ini, bella terima banyak sangat kash sayang dan sokongan yang luar biasa dari semua mashaAllah. Never did I think in a million years that I would receive such great amount of love and support, Alhamdulillah. Terima kasih semua,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Bella memilih untuk menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan bersama adiknya yang juga penyanyi, Didi Astillah.
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq Hantar Bella Astillah Di Lapangan Terbang Untuk Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan
ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah Beri ‘Hint’ Hubungan Bella Astillah - Syed Saddiq - “Takkan Lah Friend Zone Kalau…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Terima Kejutan Sempena Hari Jadi, Netizen Fokus Tengok Kek - “Ada Perkataan Grumpy Munchkin Mesti Dari Syed Saddiq”
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Yang Pertama, Tapi Syed Saddiq Pilihan Ke-4 Bella Astillah - “Lepas Kita Berdua Berbincang, Itu Ketentuan Allah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta & Ziela Jalil Usik Bella Astillah & Syed Saddiq: “Selamat Pengantin Baru!”
Must-Watch Video