Laman Utama

"Awalnya Manis, Lama-Lama Muak Dengan Janji Palsu!" - Aruma

Amri Hassan
08/01/2023
12:46 MYT
Penyanyi muda kelahiran Indonesia, Aruma tampil dengan single pertamanya berjudul Muak.
Mendapat sentuhan M. Aditia Sahid dan Okto Sahid, lagu tersebut menceritakan seseorang yang sudah kecewa dengan pasangan hidup kerana sering menabur janji palsu.
"Penceritaan lagu ini adalah berdasarkan kisah cinta yang benar-benar terjadi, pada peringkat awal penuh semangat dan kemanisan, tapi lama-kelamaan sudah muak kerana sering diberi janji-janji palsu.
"Akhirnya, apabila sudah penat, kita akan berkata 'cukup' kerana sudah tidak mahu tertipu lagi dengan kata-kata manis," kata Aruma.

Enam jam rakam lagu

Pemilik nama sebenar Nidewi Aruman itu menambah, jiwanya terus terpaut ketika pertama kali mendengar melodi ciptaan M. Aditia Said itu.
"Sebaik sahaja saya mendengar melodi dan lirik lagu ini, saya terus jatuh cinta dengannya. Saya pun membuat keputusan untuk jadikan ia sebagai single pertama.
"Sebagai seorang pendatang baharu, saya bernasib baik kerana proses rakaman berjalan dengan lancar.
"Saya juga seronok kerana mendapat bantuan daripada jurulatih vokal Kamga, dia sangat baik dan selalu memberikan nasihat untuk saya memperbaiki diri. Sony Music juga tidak lokek dalam membantu saya, mereka datang memberi sokongan ketika proses rakaman selama enam jam," tambahnya.
Meskipun menuntut dalam jurusan rekaan produk di Institut Teknologi Bandung (ITB), namun Aruma sebenarnya tidak kekok dengan muzik. Dia telah mengikuti kelas piano dan belajar bermain gitar.
Gadis yang dilahirkan pada 3 September 2003 di Bandung itu mula menyukai muzik dan suka bersenandung (humming) sendiri hingga karakter suaranya terbentuk.

Aruma nak hasilkan lagu elemen klasik

Aruma kini menumpukan perhatian terhadap tiga genre kesukaannya iaitu folk, pop dan jazz.
Bagaimanapun, Aruma yang juga seorang model dan memiliki hobi menyanyi, bermain instrumen muzik, serta melukis itu bersedia untuk mencabar diri dalam berekeperimentasi untuk karyanya.
"Saya sentiasa suka melakukan perkara baru termasuklah muzik. Impian saya semoga suatu hari nanti saya dapat menghasilkan lagu yang mempunyai elemen klasik atau kesan bunyi yang natural.
"Saya pasti mereka akan memberi sentuhanyang unik terhadap lagu itu," katanya lagi.

Dengan ketika fed up!

Dengan pelancaran Muak, Aruma berharap agar single pertamanya ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pencinta muzik di Indonesia dan Malaysia.
"Saya harap lagu ini diterima dengan baik dan mesejnya dapat sampai kepada para pendengar.
"Saya juga mahu lagu ini menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang terutama ketika sedang berada dalam fasa muak atau 'fed up'.
"Jika anda sudah penat dengan apa yang dialami, lagu ini hadir untuk menemani dan anda boleh menyanyi bersama ketika mendengarnya,” ujarnya.
Single pertama Aruma, Muak kini boleh dinikmati di platform muzik digital. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar dan menghayatinya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

gempak
27/07/2024
00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.