Hiburan

Awi Rafael Ekpresikan Pengalaman Hidup Dalam Single Terbaru

Amri Hassan
29/07/2018
23:30 MYT
Penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael, 32, baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Ini Semua Dunia.
Menurut Awi atau nama sebenarnya, Mohammad Nabawi Ewan Gunawan Rafael, lirik lagu tersebut mempunyai mesej kerohanian dan berkait rapat dengan kisah hidupnya sebelum ini.
"Setahun saya banyak mendiamkan diri dan kemunculan single terbaru ini dan album ketiga tidak lama lagi sebenarnya memperlihatkan penghijrahan saya dalam pelbagai perkara termasuk karier dan soal peribadi.
"Menerusi single Ini Semua Dunia, saya zahirkan apa yang saya belajar tentang kehidupan dan ingin berkongsi dengan pendengar tentang perspektif saya dalam kehidupan dan apa yang kita patut utamakan kerana tiada apa yang kekal selamanya di dunia ini," katanya.
Awi ditemui di majlis pelancaran muzik video single Ini Semua Dunia sekaligus Meraikan kejutan bersempena jari jadinya yang ke-32 baru-baru ini.
Awi telah berehat seketika dari industri hiburan pada tahun lepas kerana menghidap penyakit kulit kronik yang berpunca dari alergi dan eczema, namun menurutnya, penyakit itu sudah beransur sembuh selepas mengubah cara pemakanan.
Single tersebut bakal dimuatkan dalam album ketiganya yang dijangka akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini.
Teks : Asraf Aided
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Awi Rafael Hasilkan Lagu Dedikasi Khas Buat Wanita Istimewa

gempak
16/06/2020
08:22 MYT
Hiburan

"Tak Semestinya Semua Yang Dia.." - Ini Respon Awi Berkaitan Tweet Atikah Mengenai Lelaki Minta Duit

gempak
15/06/2020
10:01 MYT
Hiburan

"Saya Tak Serik Bercinta, Tak Sabar Tunggu..." - Awi Rafael

gempak
13/11/2019
12:32 MYT
Berita

"Saya Suka Berbuka Di Masjid Kerana..." - Awi Rafael

gempak
16/05/2019
14:31 MYT
Berita

Masih Berstatus Bujang Menyambut Raya, Awi Rafael Akur

gempak
15/05/2019
07:20 MYT